HomeSukanSabah beri penghargaan kepada tiga atlet muda harum nama negara di Perth...

Sabah beri penghargaan kepada tiga atlet muda harum nama negara di Perth Australia

Read Time:1 Minute, 35 Second

Kota Kinabalu : Kerajaan negeri akan memberi penghargaan kepada tiga atlet muda Sabah yang berjaya meraih pingat dalam pertandingan antarabangsa WA State Track & Field Championships 2024 di Perth, Australia baru-baru ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, penghargaan itu adalah menerusi Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Sabah (AKSA).

Datuk Dr Mohd Arifin Arif

“Memang kita ada anugerah AKSA iaitu Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Sabah dan saya akan dapatkan maklumat terperinci mengenai ketiga-tiga atlet ini.

“Mereka berhak dan layak untuk mendapat anugerah berkenaan dari Kerajaan Negeri,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan penutupan acara Pertandingan Kebudayaan Majlis Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pendidikan Malaysia (MSKPPM) peringkat Kebangsaan di sini hari ini.

Tiga atlet muda itu adalah pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Putih Tawau Nurelfira Umaira Mohd Yusuf,13, pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Beaufort 1, Mohammad Syahzwan William,14 dan pelajar Sekolah Sukan Malaysia Sabah (SSMS) Randy Ryann Samson,14.

Dalam pertandingan itu, Nurelfira Umaira bejaya meraih pingat emas dalam acara 80 meter lari berpagar wanita bawah 14 tahun dengan catatan masa larian 13.10 saat selain turut meraih pingat perak menerusi acara 200 meter lari berpagar bawah 14 tahun dengan catatan masa 29.93 saat.

Mohammad Syahzwan turut membuktikan kehebatan bagi meraih pingat emas menerusi acara lontar peluru bawah 15 tahun dengan catatan lontaran sejauh 17.05 meter. 

Selain itu, Mohammad Syahzwan turut membawa pulang pingat perak menerusi acara lempar cakera bawah 15 tahun dengan catatan lontaran sejauh 48.60 meter.

Seorang lagi atlet Sabah, Randy Ryann Samson turut membawa pulang pingat emas dan perak menerusi acara lompat kijang bawah 15 tahun dengan catatan lompatan sejauh 12.75 meter dan pingat perak menerusi acara lompat jauh bawah 15 tahun dengan catatan lompatan sejauh 5.49 meter.

Terdahulu, AKSA merupakan penghargaan Kerajaan Sabah terhadap pencapaian membanggakan anak Sabah di peringkat Kebansgaan dan Antarabangsa. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

DBKK laksana pemeriksaan berjadual ke atas pokok dibawah seliaan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular