HomeIsu tempatanBekalan barang kawalan di Sandakan mencukupi

Bekalan barang kawalan di Sandakan mencukupi

Read Time:2 Minute, 11 Second

Sandakan : Bekalan barang kawalan khususnya gula dan minyak masak bersubsidi di daerah ini adalah mencukupi dan tidak berlaku pembelian luar biasa oleh pengguna terutama menjelang bulan Ramadhan dan Hari Raya Aidil Fitri yang bakal disambut pada tahun ini.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Sandakan Azdy Zukkry John berkata, hasil pemeriksaan di sebuah syarikat pemborong mendapati bekalan gula sebanyak 84 metrik tan telah diterima dan dijangka akan menerima bekalan lagi sebanyak 48 metrik tan gula pada hari ini.

Selain itu katanya, pemeriksaan ke atas bekalan minyak masak bersubsidi di salah sebuah pasar raya tumpuan pengguna daerah ini turut mendapati bekalan minyak masak bersubsidi adalah berjumlah 3.568 metrik tan.

“Di samping itu, KPDN Sandakan juga telah melantik 33 peruncit daerah terpilih (DDR) dan lima pemborong daerah terpilih (DDW)di daerah Sandakan bagi tujuan pemantauan kedudukan bekalan barangan keperluan asas di daerah ini.

“Kedudukan bekalan barang keperluan asas di DDR dan DDW yang dilantik di setiap daerah di Sandakan ini akan menjadi penanda aras ke atas bekalan barang keperluan asas di daerah-daerah berkenaan yang meliputi kawasan Sandakan, Kinabatangan, Telupid, Beluran, Sapi Nangoh dan Paitan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam, Azdy bersama sepasukan anggota penguatkuasa telah mengambil inisiatif dan tindakan proaktif dengan membuat pemantauan dan pemeriksaan kedudukan bekalan barang keperluan di peringkat pengilang, pemborong dan peruncit di daerah ini secara berterusan.

Azdy berkata, KPDN Sandakan juga telah mengambil inisiatif dengan mewujudkan mini stok untuk gula dan minyak masak bersubsidi di setiap pemborong gula dan pengilang (repackers) minyak masak bersubsidi di daerah Sandakan.

Katanya, ia adalah bagi menjamin bekalan yang berterusan kedua-dua barang kawalan terbabit khasnya untuk pengguna di daerah Sandakan.

“Berdasarkan maklumat pemeriksaan di 33 DDR di Sandakan sehingga 27 Februari, jumlah stok gula adalah sebanyak 67.143 metrik tan manakala jumlah stok minyak masak bersubsidi adalah sebanyak 16.505 metrik tan.

“Jumlah stok gula di kelima-lima DDW di Sandakan pula adalah sebanyak 410.652 metrik tan manakala bekalan mini stok gula adalah sebanyak 90 metrik tan.

“Stok bekalan gula di DDW Sandakan ini adalah untuk edaran ke daerah Beluran, Kinabatangan, Telupid, Tongod, Paitan, Sukau dan Paris,” katanya.

Sementara itu, Azdy berkata, KPDN Sandakan akan memastikan bekalan barang-barang kawalan khasnya gula dan minyak masak bersubsidi dijual pada harga kawalan manakala barangan keperluan selain barang kawalan tidak terputus bekalannya serta dijual pada harga yang berpatutan.

“Pemeriksaan-pemeriksaan juga akan dipergiatkan bagi memastikan barang kawalan iaitu gula dan minyak masak bersubsidi dijual pada harga yang ditetapkan Kerajaan.

“Sehingga kini, bekalan barangan kawalan adalah mencukupi di semua peringkat pengilang, pemborong dan peruncit,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO KPDN Sandakan

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Maritim Malaysia tahan bot lakukan aktiviti pemindahan minyak tanpa kebenaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular