HomeUtamaPolis Tahan Seorang Warga Emas Susulan Kes Anggota Polis Cawangan Khas Maut...

Polis Tahan Seorang Warga Emas Susulan Kes Anggota Polis Cawangan Khas Maut Terkena Tembakan

Read Time:2 Minute, 1 Second

CYBERJAYA — Polis petang tadi menahan seorang lelaki warga emas bagi membantu siasatan kes seorang anggota polis cawangan khas (SB) terkena tembakan di kawasan Kompartmen 124 Hutan Simpan Ulu Muda, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Abdull Razak Osman berkata suspek berusia 65 tahun itu ditahan jam 2 petang tadi ketika hadir ke Balai Polis Sik di sini, untuk menyerah diri.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan dan suspek akan direman esok di Mahkamah Sungai Petani,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sik, di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, anggota polis SB maut, dipercayai terkena tembakan ketika melaksanakan pemantauan di Hutan Simpan Ulu Muda.

Mangsa dikenalpasti berpangkat koperal dan berusia 39 tahun dari Bahagian Anti Pengganas (E8) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah yang menyertai pemantauan terbabit pada 27 Februari lalu.

Abdull Razak berkata pihaknya menerima maklumat kejadian anggota polis terkena tembakan ketika dalam operasi menyiasat pencerobohan dan pemburuan haram di lokasi kejadian, pada jam 10 pagi.

Katanya, siasatan awal mendapati sepasukan polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Sik dan anggota SB IPK Kedah serta pasukan Pejabat Hutan Daerah Kedah Tengah dibantu oleh orang awam, dipercayai memasuki kawasan Hutan Simpan Ulu Muda untuk menyiasat pencerobohan dan pemburuan haram yang dipercayai berlaku di kawasan berkenaan, jam 12 tengahari pada Selasa.

“Semua mereka kemudian bermalam di Kompartmen 103, Hutan Simpan Ulu Muda. Semalam, kira-kira jam 3 petang, mangsa bersama dua orang awam, dipercayai bergerak ke Kompartmen 124 di dalam kawasan Hutan Simpan Ulu Muda, di sini dengan menggunakan kenderaan awam untuk membuat pemerhatian dan menjalankan siasatan. 

“Namun sehingga jam 6.30 petang, mereka didapati masih belum pulang ke tempat penginapan di Kompartmen 103,” katanya.

Abdull Razak berkata usaha mencari mereka kemudian dijalankan oleh ahli pasukan yang lain, namun hanya menemui kenderaan digunakan mereka di persimpangan antara Kompartmen 124 & 125.

Katanya, ketiga-tiga mereka termasuk mangsa dipercayai tersesat akibat cuaca gelap.

“Namun pada jam 2 pagi tadi, terdengar satu letupan dipercayai mangsa terkena tembakan di bahagian hadapan badan.

“Mangsa kemudian dibawa balik ke Kompartmen 103 yang disyaki sudah pun meninggal dunia dan kemudian dibawa ke Hospital Sik untuk tindakan lanjut. 

“Bagaimanapun, mangsa disahkan sudah pun meninggal dunia,” katanya sambil mengesahkan pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca tembakan yang menyebabkan anggota polis SB itu meninggal.

Beliau dalam masa sama menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spesikulasi berkaitan kes berkenaan.

RELATED ARTICLES
Utama

Belanjawan Sabah 2025: Lapisan masyarakat terbela, wanita dimartabatkan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular