HomeUtama3,631 wanita disantuni menerusi program Outreach Santuni Wanita

3,631 wanita disantuni menerusi program Outreach Santuni Wanita

Read Time:1 Minute, 18 Second

Putatan : Seramai hampir 3,631 orang golongan wanita di negeri ini berjaya disantuni menerusi program Outreach Santuni Wanita yang dilaksanakan bermula 2021 sehingga tahun lalu.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, menerusi program itu juga sebanyak 39 kes turut berjaya direkodkan dari seluruh pelusuk negeri Sabah.

“Ini menunjukkan program outreach ini sangat signifikan kepada masyarakat. Ia melibatkan aspek Keusahawanan, Sosial, Pengupayaan Ekonomi serta Perundangan.  

“Sering kita melihat dan mendengar kes-kes seperti penceraian, perebutan hak penjagaan anak, keganasan rumah tangga dan macam-macam lagi. Ini menandakan kepincangan dalam institusi keluarga di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Outreach Santuni Wanita ‘Merakyatkan Perkhidmatan Ke Arah Kesejahteraan Wanita’ di sini semalam.

Shahelmey yang juga Ahli Parlimen Putatan berkata, program Outreach Santuni Wanita itu  adalah antara usaha kerajaan dalam membendung masalah yang ada dari terus menyelubungi masyarakat.

Katanya, program itu juga dapat memberi pencerahan ilmiah atau bantuan khidmat nasihat perundangan menerusi klinik guaman serta slot literasi perundangan yang telah dijalankan.

“Sebagai contoh, perkhidmatan Pusat Bantuan Guaman Wanita Sabah (PBGW) yang diselia oleh Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah merupakan pusat yang memberi bantuan peguam secara percuma di Mahkamah Syariah, Sivil dan Anak Negeri terutamanya yang melibatkan kes kekeluargaan.

“Data laporan kes daripada D11, Jabatan Siasatan Jenayah, PDRM Sabah mencatatkan (362) laporan kes keganasan rumah tangga yang dilaporkan di seluruh Sabah bagi Januari – Oktober 2023.

“Masyarakat perlu sentiasa ingat bahawa keganasan bukanlah jalan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi. Sematlah didada – Sayangilah keluarga kita dan bermuafakatlah dalam apa jua permasalahan, selesaikan ia secara baik serta saksama,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular