HomeIsu tempatan600 peserta sertai persidangan wanita IKS dan kepimpinan 10 Mac ini

600 peserta sertai persidangan wanita IKS dan kepimpinan 10 Mac ini

Read Time:1 Minute, 6 Second

Kota Kinabalu : Seramai 600 golongan wanita dalam pelbagai bidang dijangka akan menyertai persidangan Wanita Industri Kecil Dan Sederhana (IKS) dan Kepimpinan pada 10 Mac ini.

Presiden Persatuan Industri Kecil Dan Sederhana Wanita Sabah (IKSnita), Datuk Dayang Khatijah Datu Bachtiyal berkata, persidangan itu adalah antara pengisian sempena Majlis Hari Wanita Antarabangsa 2024.

Katanya, majlis itu juga bertujuan untuk meraikan perjuangan dan pengorbanan kaum wanita.

“Antara pengisian sambutan pada kali ini adalah Persidangan Wanita IKS dan Kepimpinan yang akan bersama dengan Timbalan Menteri Ekonomi Malaysia, Datuk Hanifah Hajar Taib dan beberapa pemimpin wanita lain untuk berkongsi mengenai kepimpinan wanita di Sabah.

“Selain itu, turut akan disampaikan adalah pengiktirafan Wanita Inspirasi 2024 kepada 100 wanita dari seluruh Sabah, Sarawak serta beberapa penyertaan daripada Indonesia dan Singapura,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Isteri Yang di-Pertua Negeri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni di Istana Seri Kinabalu, di sini semalam.

Kunjungan tersebut bertujuan bagi menjemput Toh Puan Norlidah untuk hadir sekaligus merasmikan Majlis Hari Wanita Antarabangsa 2024.

Terdahulu, Toh Puan Norlidah turut menerima kunjungan Pengerusi Kelab Wanita Ikon Malaysia Cawangan Sabah, Asmah Kadir dan rombongan.

Selain memperkenalkan kelab, tujuan kunjungan adalah untuk mempelawa Toh Puan Norlidah sebagai penaung kelab dan memaklumkan berkenaan program terdekat yang akan dianjurkan iaitu Karnival Ramadan Sabah yang akan berlangsung sepanjang bulan Ramadan.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Maritim Malaysia tahan bot lakukan aktiviti pemindahan minyak tanpa kebenaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular