HomeUtamaLelaki tempatan ditahan bersama 102.7 kg daun ketum di Tenom

Lelaki tempatan ditahan bersama 102.7 kg daun ketum di Tenom

Read Time:1 Minute, 9 Second

TENOM: Seorang lelaki tempatan telah ditahan bersama 102.7 Kilogram daun ketum dalam Ops Bersepadu Sekatan Jalanraya yang dijalankan oleh pasukan Polis Daerah Tenom di Jalan Tenom – Keningau, hari ini.

Ketua Polis Daerah Tenom, Deputi Superintendan Hasan Majid berkata,
dalam kejadian kira-kira jam 11.00 pagi itu, polis telah menahan kenderaan yang dinaiki seorang lelaki warga tempatan berusia 41 tahun.

Daun ketum yang ditemui dalam kenderaan suspek.foto ihsan IPD Tenom

“Pemeriksaan lanjut terhadap kenderaan tersebut telah menemui lapan guni berisi daun-daun disyaki daun ketum seberat 102.7 Kilogram anggaran bernilai RM2,000 untuk pasaran tempatan.

“Turut ditemui bersama individu tersebut ialah sejumlah dadah jenis syabu dan peralatan disyaki digunakan sebagai alat untuk menghisap dadah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hasan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Katanya, dalam usaha mengekang aktiviti penyalahgunaan dadah dalam kalangan pemandu kenderaan perdagangan dan kesalahan-kesalahan yang melibatkan undang-undang jalan raya.

“Ops Bersepadu Sekatan Jalanraya ini telah dilaksanakan dan melibatkan pasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik dan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tenom.

“Polis akan sentiasa memantau dan tidak akan berkompromi kepada sebarang perlakuan yang menyalahi undang-undang,” tegasnya.

Beliau turut mengalu-alukan masyarakat agar menyalurkan maklumat mengenai sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang di daerah itu melalui talian 087-736211.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular