HomeIsu tempatanPeniaga diingatkan tidak ambil kesempatan naik harga susulan kenaikan SST

Peniaga diingatkan tidak ambil kesempatan naik harga susulan kenaikan SST

Read Time:42 Second

KOTA KINABALU: Peniaga di Sabah diingatkan supaya tidak mengambil kesempatan menaikkan harga susulan kenaikan dua peratus cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang mula berkuatkuasa 1 Mac 2024.

Presiden Persatuan Pengguna Bijak Pantai Barat Sabah David Chan berkata ini penting bagi memastikan kenaikan SST itu tidak membebankan orang ramai.

Menurutnya selepas wabak Covid-19, pihaknya menyedari pola pasaran barangan telah berubah kerana orang ramai mengalami kemerosotan kewangan.

“Orang ramai kini sangat selektif untuk membeli makanan dan produk yang lebih murah akibat kekangan kewangan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Oleh itu, David menggesa peniaga supaya bertimbang rasa untuk tidak mengambil kesempatan menaikkan harga makanan dan produk pengguna secara tidak munasabah hanya kerana kenaikan dua peratus SST.

Sementara itu, beliau berkata tinjauan rambang di pekan Menggatal menunjukkan terdapat beberapa restoran yang menaikkan harga minuman seperti Chinese teh kosong sehingga RM1.50 bermula semalam.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Maritim Malaysia tahan bot lakukan aktiviti pemindahan minyak tanpa kebenaran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular