HomeUtamaDua lagi ahli "Geng Upik" didakwa hari ini

Dua lagi ahli “Geng Upik” didakwa hari ini

Read Time:1 Minute, 21 Second

KOTA KINABALU: Dua individu termasuk seorang banduan wanita didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang “Geng Upik”.

Tertuduh Zulkahar Dusing, 29, dan Norsyafilah Pawawoi, 28, didakwa mengikut Seksyen 130V (1) Kanun Keseksaan, Akta 574 (Kesalahan Jenayah Terancang) dan boleh dihukum Seksyen yang sama.

Pendakwaan dikendalikan dua Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Nat Radzi dan Lina Hanini Ismail di hadapan Hakim Noor Hafizah Mohd Salim.

Tertuduh Zulkahar yang sedang menjalani tahanan reman di Tawau dari 2022 di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya manakala Norsyafilah sedang menjalani hukuman 12 tahun penjara di Kota Kinabalu di bawah Seksyen 39A Akta Dadah Berbahaya.

Terdahulu pada 22 Januari lalu, seramai 11 individu telah didakwa di mahkamah sama menjadikan 13 ahli kumpulan jenayah terancang “Geng Upik” termasuk dua yang didakwa hari ini.

Antara 11 ahli yang telah didakwa iaitu Maslan Sani, 41, Rahman Burijin, 44; Jaisalfian Jaineh @ Zaini, 45,; Mohd Fauzie Rablin, 33; Shahlan Shah Abdul Samad, 37; Nelson Yen Yee Chung, 46; Mohd Faridzul Asmahadi, 31; Fazrul Bahar, 32; Alkan Abraham, 35; Mazlan Mahmud, 41; dan Mahathir Jibarail, 49.

Sementara itu tertuduh Jaysalfian Jaineh@Zaini diwakili peguam Mohd Amirul Amin; Mohd Fauzie Rablin dan Mazlan Mahmud diwakili peguam Sylyester Kuan, Shahlan Shah Abdul Samad, Mohd Faridzul Asmahadi dan Mahathir Jibarail diwakili peguam Shahlan Jufri dan Mohd Lokman Zabidi, Datuk Maslan Sani diwakili Chin Tek Ming dan Nelson Abraham diwakili Datuk Ram Singh, Kamarudin Mohmad Chinki dan Chen Wen Jye.

Dalam pada itu hanya dua tertuduh iaitu Rahman Burijin dan Alkan Abraham masing-masing tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 22 Mac 2024 tarikh sebutan semula kes.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular