HomeUtamaKereta terjunam ke dalam laut, dua maut

Kereta terjunam ke dalam laut, dua maut

Read Time:1 Minute, 14 Second

LAHAD DATU: Dua maut termasuk seorang warga emas selepas kereta yang dinaiki terbabas lalu terjunam ke dalam laut di Batu 7, Kampung Payang di sini pada malam Sabtu.

Mangsa dua lelaki dikenali sebagai Edwin, 25, bersama bapa mertuanya Chan Wai Hou dalam lingkungan umur 66 tahun disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, PPgB Sumsoa Rashid berkata, pasukan bomba Lahad Datu menjalankan operasi penyelamatan dengan bantuan bot dan penyelam (Syarikat Synergy Multi Resources Sdn Bhd) sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 11.50 malam Sabtu (2 Mac) itu.

“Di lokasi kejadian mendapati satu kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Produa Myvi terbabas sendiri dan terjunam ke dalam laut. Menurut pemanggil terdapat dua orang mangsa terlibat dan belum dijumpai.

“Pada jam 12.06 tengah malam tadi, selaman pertama pasukan bomba telah berjaya menarik seorang mangsa keluar dari kereta dan dibawa naik ke darat.

“Tindakan seterusnya mengikat tali pada kereta tersebut untuk ditarik menggunakan sistem takal ke kawasan yang lebih cetek untuk mencari mangsa yang kedua.

“Selaman kedua dilakukan oleh pasukan bomba menggunakan set penyelam milik Syarikat Synergy Multi Resources Sdn Bhd dan mangsa kedua berjaya dijumpai pada jam 1.30 awal pagi tadi,” katanya ketika dihubungi Sabah Media hari ini.

Menurutnya, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan KKM di tempat kejadian.

“Mayat mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi ditamatkan pada jam 1.58 pagi tadi,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular