HomeUtamaKerjasama pastikan semua klinik di Sabah sifar bangunan kayu menjelang 2025

Kerjasama pastikan semua klinik di Sabah sifar bangunan kayu menjelang 2025

Read Time:1 Minute, 38 Second

Keningau : Semua pihak khususnya di negeri ini perlu bekerjasama dalam memastikan tiada lagi klinik kesihatan di Sabah berada pada bangunan kayu menjelang tahun 2025.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat DatuK James Ratib berkata, pihaknya turut berhap agar Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memandang serius perkara berkenaan.

Katanya, ini adalah bagi memastikan perkhidmatan rawatan kesihatan kepada pesakit khususnya di luar bandar mahupun petugas KKM di Sabah berada pada tahap terbaik.

“Di Sabah ini banyak klinik kesihatan kita yang masih diperbuat dari kayu sejak tahun 70-an lagi,

“Jadi saya ada memohon peruntukkan khas daipada KKM supaya menjelang tahun 2025 semua klinik kesihatan di Sabah tiada ada lagi yang diperbuat daripada kayu, sebaliknya semua diperbuat daripada konkrit,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke Klinik Kesihatan Mansiat di daerah Sook di sini kelmarin.

James yang juga Exco Kesihatan Sabah telah mengarahkan Pejabat Daerah Sook agar memohon semula tanah bagi pembinaan bangunan baharu Klinik Kesihtan Mansiat yang musnah terbakar pada 14 Jun 2022 seluas tiga ekar berbanding sebelum ini di mana permohonan tapak pembinaan hanya 2.5 ekar.

Katanya yang turut berharap agar KKM dapat memberikan sebuah ambulans kepada klinik tersebut.

“Saiz tanah 2.5 ekar ini memang tidak cukup untuk membina semua klinik kesihatan yang terbakar.

“Justeru kita minta kepada Penolong Pegawai Daerah di Sook supaya dapat menyediakan sebidang tanah yang luas sedikit, lebih kurang tiga ekar, bagi pembinaan semula Klinik Kesihatan Mansiat yang terbakar,” katanya.

Terdahulu, James turut mengadakan lawatan ke Klinik Kesihatan Nabawan selain mendengar beberapa isu yang dibangkitkan pesakit khususnya pesakit buah pinggang yang terpaksa menanggung perbelanjaan tinggi.

Katanya, meskipun pesakit terlibat ada memperoleh bantuan RM200 dari Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) namun terpaksa menanggung kos yang tinggi.

“Bantuan itu dilihat masih tidak mencukupi disebabkan pesakit terdiri dari golongan kurang berkemampuan dan tinggal jauh sehingga ada yang tidak sanggup ke Hospital Keningau untuk rawatan hemodialisis.

“Justeru saya berharap agar KKM mempunyai inisatif untuk menambah peruntukkan bantuan kepada golongan ini,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO KPMKR

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular