HomeSukanSelangor juara keseluruhan MSKPPM kali ke-49

Selangor juara keseluruhan MSKPPM kali ke-49

Read Time:1 Minute, 19 Second

Kota Kinabalu : Kontinjen mewakili Selangor berjaya dinobatkan sebagai juara keseluruhan Pesta Majlis Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (MSKPPM) Kali Ke-49. 

Kontinjen tersebut mengumpul 29 mata dan menjadi johan bagi lima acara iaitu futsal wanita, badminton, bola jaring, bola tampar lelaki serta wanita. 

Sementara pasukan tuan rumah, Sabah di tangga kedua berkongsi 21 mata dengan pemenang tempat ketiga, negeri Perak. 

Bagaimanapun, Sabah mempunyai kelebihan menjadi johan bagi tiga acara iaitu petanque, golf dan kebudayaan manakala Perak mengungguli sukan sepak takraw. 

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata Pesta MSKPPM merupakan platform berkesan untuk memaksimumkan penyertaan guru dalam kegiatan sukan di negara ini.

“Program ini adalah wadah terbaik dalam memupuk budaya sihat secara bersukan dalam kalangan guru dan kakitangan bukan guru.

“Penglibatan dalam MSKPPM sudah pasti mampu memberikan kualiti mental yang mantap di samping mencari bakat warga pendidik di dalam bidang sukan. Malah pesta seperti ini juga dapat memupuk nilai-nilai positif serta meningkatkan kualiti hidup dan kesihatan diri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Penutupan Pesta MSKPPM Kali Ke-49, di sini semalam. 

Teks ucapan beliau dibacakan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif yang juga Exco Pendidikan Negeri Sabah.

Hajiji berkata, melalui Pesta MSKPPM, warga pendidik dapat berkenalan dan bertukar pendapat demi peningkatan mutu profesion.

“Begitu juga, MSKPPM menjadi landasan untuk merapatkan silaturahim serta memupuk semangat kerjasama dalam satu pasukan dengan komuniti setempat,” katanya. 

MSKPPM Kali Ke-49 disertai 17 kontinjen secara keseluruhannya dengan 16 kontinjen negeri dan Persatuan Sukan dan Kebudayaan Kementerian Pendidikan Malaysia (MESCA). 

RELATED ARTICLES
Utama

DBKK laksana pemeriksaan berjadual ke atas pokok dibawah seliaan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular