HomeUtamaTerus pertahan keunikan dan perpaduan dalam kalangan masyarakat Sabah

Terus pertahan keunikan dan perpaduan dalam kalangan masyarakat Sabah

Read Time:1 Minute, 18 Second

Inanam : Rakyat di negeri ini perlu memastikan keunikan dan perbezaan yang ada dalam kalangan masyarakat serta etnik di Sabah terus dipertahankan.

Menteri Kewangan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, ia juga bagi memastikan perpaduan yang sedia ada dalam kalangan rakyat terus diamalkan.

“Sabah ini unik, kita meraikan perbezaan dalam kalangan rakyat dan perbezaan itu bukan satu halangan untuk kita teruskan perpaduan yang ada.  Kita harus pastikan perbezaan itu tidak menjadi halangan untuk kita mengamalkan perpaduan yang sedia ada.

“Saya boleh mengatakan dan telah berkali-kali menyatakan, jika ada yang bertanya atau memilih dimana orang paling terbaik di Malaysia, orang yang terbaik adalah yang tinggal di Sabah, kita adalah orang-orang Malaysia yang terbaik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Dewan Undangan Negeri (DUN) Inanam di Dewan Masyarakat Manggatal di sini hari ini.

Hadir sama Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Roland Chia.

Masidi berkata, rakyat Sabah juga diingatkan untuk tidak terpengaruh dnegan anasir luar yang boleh membawa kepada perbalahan mahupun merencatkan pembangunan negeri ini.

“Sepatutnya kita tumpukan perhatian kepada pembangunan negeri selain membantu memperbaiki ekonomi negara kita.  Itu menjadi cabaran utama kita dan bukan bercakaran, bergaduh yang tidak membawa faedah kepada negeri.

“Saya berani mengatakan kita mempunyai 99 peratus persamaan, barangkali satu peratus sahaja perbezaan.  Kadang-kadang ada orang menggunakan 99 peratus masanya bercakap pasal perbezaan dan satu peratus sahaja mengenai persamaan.

“Orang Sabah harus jadi peneraju perkara ini, kita harus berani buat pendirian sendiri, kita tidak mahu terbawa anasir luar ke sini,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular