HomeUtamaBelia Sabah digesa fahami dan dalami asas perjuangan MA63 - Ellron

Belia Sabah digesa fahami dan dalami asas perjuangan MA63 – Ellron

Read Time:1 Minute, 44 Second

KOTA BELUD: Belia Sabah digesa agar memahami dan mendalami Perjanjian Malaysia 1963 (Malaysia Agreement 1963) yang menjadi tunggak utama kepada pembentukan negara ini.

Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin berkata pemahaman terhadap MA63 adalah amat penting bagi kita terutamanya dalam kalangan generasi muda.

“fakta-fakta dan intipati yang terdapat dalam perjanjian itu seharusnya menjadi asas utama kita sebagai rakyat Sabah untuk menuntut hak-hak yang selama ini dinafikan,” katanya pada program Bootcamp Ahli Dewan Belia Sabah Sesi 2023/2024 yang diadakan di Daradaat View, Kota Belud kelmarin.

Seramai 40 orang peserta menyertai boot camp tersebut yang terdiri daripada Ahli Dewan Belia dan penuntut-penuntut Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTA) seperti Cosmopoint College, Almacrest International College dan Ascot Academy.

Ellron yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri N.45 Sook berkata penafian hak-hak kita dalam MA63 selama ini menyebabkan keadaan pembangunan dan aktiviti ekonomi begitu lembab di Sabah jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain di negara ini.

“Daerah Pitas, Nabawan dan beberapa lagi daerah lain yang termasuk dalam kategori daerah miskin adalah contoh utama pembangunan di Sabah masih lagi mundur. Ini disebabkan oleh penafian hak-hak kita antaranya tuntutan 40 peratus hasil Sabah yang sampai sekarang masih tidak dapat dipenuhi,” katanya.

Beliau berkata, sehingga hari ini penyediaan kemudahan asas yang terhad seperti air, elektrik dan jalan perhubungan masih menjadi masalah utama yang membebani penduduk luar bandar Sabah.

“Justeru itu, tuntutan dan hak-hak yang termaktub dalam MA63 wajar dipenuhi bagi mengatasi permasalahan ini dan warga belia harus memahami perkara ini untuk dijadikan sebagai asas perjuangan MA63,” ujarnya.

Tambah Ellron lagi, belia haruslah juga mempunyai nilai kepimpinan yang mempunyai semangat juang yang tinggi dan menjadi tauladan baik kepada masyarakat serta tidak terikut-terikut dengan budaya politik kurang matang di luar sana.

“Jadilah pemimpin yang berwibawa, berintegriti serta berdaya saing agar dapat menyumbangkan dan memajukan Sabah ke arah yang lebih baik,” tegasnya.

Terdahulu beliau hadir ke program tersebut untuk memberikan perkongsian beliau mengenai Perjanjian MA63.

Turut hadir dalam Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan Sabah, Charles William Dabbi, Setiausaha Dewan Undangan Negeri Sabah, Rafidah Maqbol Rahman.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular