HomeIsu tempatanRekod, bukukan keputusan perbicaraan jadi jurnal, satu keputusan tepat - Roslan

Rekod, bukukan keputusan perbicaraan jadi jurnal, satu keputusan tepat – Roslan

Read Time:1 Minute, 27 Second

KOTA BELUD: Keputusan untuk merekodkan dan membukukan semua keputusan perbicaraan dan menjadikannya sebagai Jurnal Undang-undang Anak Negeri merupakan satu tindakan yang sangat tepat, kata Ketua Daerah Kota Belud yang juga Pengerusi Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) kawasan Kadamaian O.K.K Roslan Duraman (gambar).

“Langkah itu bukan sahaja membolehkan kes-kes lampau dapat direkodkan tetapi boleh dijadikan satu rujukan untuk kes-kes akan datang.

“Ini juga penting untuk pemimpin generasi muda yang akan mengambil tanggungjawab menjalankan tugas sebagai pengamal undang-undang Anak Negeri pada masa akan datang,” kata Roslan dalam kenyataannya hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Timbalan Ketua Menteri ll Datuk Dr. Joachim Gunsalam bahawa segala rekod urusan dalam Mahkamah Anak Negeri (MAN) serta keputusan perbicaraan perlu dibukukan kerana sumber rujukan undang-undang MAN pada hari ini sangat terhad dan tidak banyak dijadikan sebagai jurnal.

Kenyataan Joachim itu dinyatakan pada Majlis Perasmian Penutupan Kursus Tatacara Perbicaraan dan Penulisan Penghakiman bagi semua Ketua-Ketua Daerah negeri Sabah di Keningau.

Roslan berkata, selain memperkasakan Institusi Kehakiman Anak Negeri ia juga membolehkan satu sistem penyimpanan data agar semua kes perbicaraan dapat disimpan dengan lebih teratur dan mudah untuk dirujuk.

“Dokumen ini merupakan satu khazanah yang sangat berguna bukan sahaja kepada kerajaan tetapi generasi yang akan mewarisi budaya dan adat resam masyarakat kita.

“Sebagai Ketua Anak Negeri saya jadikan ini sebagai satu cabaran untuk melaksanakannya dan menjalankan tanggungjawab dengan baik sebagai pengamal undang-undang Adat Negeri di kawasan saya di Kadamaian serta untuk kebaikan penduduk di sini,” jelasnya.

Sebagai pengamal undang-undang, Roslan berkata mereka sentiasa berdepan dengan kes-kes yang sama dengan keputusan yang berbeza tetapi dengan adanya rekod seperti ini, pengamal undang-undang MAN terutamanya mudah untuk membuat rujukan bagi mendapatkan keputusan yang tepat dan benar.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Petugas Tabung Darah digesa tingkat kemahiran, pengetahuan demi keselamatan pesakit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular