HomeUtamaPenunggang maut, motosikal dilanggar lori

Penunggang maut, motosikal dilanggar lori

Read Time:1 Minute, 12 Second

PAPAR: Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya dilanggar sebuah lori dalam kejadian kemalangan jalan raya di Kilometer 5, Jalan Papar – Beaufort petang tadi.

Ketua Polis Daerah Papar, Superintendan Kamaruddin Ambo Sakka berkata, mangsa
berusia 48 tahun itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh Pembantu Pegawai Perubatan Hospital Papar.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati kemalangan berlaku kira-kira jam 2.20 petang tadi (10 Mac) semasa pemandu lori iaitu seorang lelaki tempatan berusia 30 tahun memandu kenderaannya bersama kelindannya (lelaki tempatan berusia 23 tahun) dari Lawas, Sarawak, menuju ke Kota Kinabalu.

“Pada masa itu, pemandu lori memandu di lorong sebelah kiri dan apabila sampai di tempat kejadian mendapati ada sebuah motosikal yang di tunggang oleh mangsa seorang diri tiba-tiba memotong lori tersebut dan terus berada di hadapan lori. Disebabkan motosikal tersebut terlalu hampir, lori berkenaan tidak sempat brek dan mengelak lalu melanggar belakang motosikal mangsa.

“Akibat perlanggaran tersebut, mangsa tercampak ke tengah jalan dan diseret di bawah lori. Kedua-dua kenderaan terbabas ke kiri bahu jalan dan melanggar tiang eletrik dengan kedudukan motosikal tersebut masih berada di depan lori.

“Mangsa dikatakan menunggang motosikal seorang diri menuju ke Papar dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu lori dan kelindannya tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Kamaruddin, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Papar untuk tujuan bedah siasat.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) APJ 1987 atas arahan KBSPTD,” katanya.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular