HomeUtamaSESB serah RM3.02 juta zakat perniagaan

SESB serah RM3.02 juta zakat perniagaan

Read Time:1 Minute, 7 Second

Kota Kinabalu:  Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM3,029,624 bagi tahun 2022 kepada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).

Zakat yang diserahkan oleh Pegawai Eksekutif SESB, Ir. Ts. Mohd Yaakob Jaafar kepada Ahli Majlis Tertinggi MUIS Dr Aliakbar Gulasan itu disaksikan oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin.

Turut mengiringi Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ruslan Muharam, Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) SESB Ir. Mohd Yusmanizam Mohd Yusof dan Ketua Pegawai Kewangan SESB Mohamed Fadil Mohd Fadhlullah.  

Mohd Yaakob berkata, jumlah 12.5 peratus dalam bentuk wakalah zakat yang diterima semula oleh pihaknya akan diagihkan kepada para penerima yang terdiri daripada golongan asnaf, rumah kebajikan, rumah ibadat Islam dan sebagainya.

“Untuk bulan Ramadhan yang akan datang ini, beberapa aktiviti telah dirancang seperti majlis berbuka puasa dan juga penyampaian wakalah zakat kepada anak-anak yatim, golongan yang kurang berkemampuan dan bantuan yang sewajarnya.

“Bantuan ini bukan sahaja terhad di bulan Ramadhan, tetapi kita panjangkan sepanjang tahun contohnya SESB melalui program bantuan mesra rakyat iaitu Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dan juga Rumah Sabah Maju Jaya (SMJ) kita telah pun menyerahkan sebanyak empat buah rumah mesra rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media di Istana Seri Kinabalu, di sini hari ini. 

RELATED ARTICLES
Utama

Pantai Tanjung Aru, Prince Philip Park kekal terbuka untuk orang ramai...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular