HomeUtamaCatuan bekalan elektrik pada 12 Mac - SESB

Catuan bekalan elektrik pada 12 Mac – SESB

Read Time:1 Minute, 0 Second

KOTA KINABALU: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) memaklumkan terdapat catuan bekalan pada hari ini 12 Mac 2024 (Selasa).

Catuan bekalan ini akan melibatkan Daerah Tawau, Pitas, Beaufort, Kuala Penyu, Nabawan, Ranau, Tuaran, Kota Kinabalu, Lahad Datu, Kunak, Kudat, Sandakan, Tenom, Papar dan juga Wilayah Persekutuan Labuan dan dilaksanakan bagi memastikan kestabilan Sabah Grid berikutan masalah kekurangan penjanaan.

Operator Sistem Grid Sabah dan W.P Labuan, Ir. Adrian Mosigil (gambar) berkata, terdapat masalah teknikal di Unit Penjanaan 2 di Stesen Janakuasa Kimanis dan Unit Penjanaan Gas Turbine 2 dan 3 di Stesen Janakuasa Patau telah terpelantik pada lebih kurang 10:03 pagi tadi dan menyebabkan kekurangan penjanaan di sistem Grid.

“Unit Penjanaan Gas Turbine 2 dan 3 di Stesen Janakuasa Patau telah berjaya dipulihkan. selang 1 jam dari kejadian terpelantik. Unit Penjanaan di Stesen Janakuasa Kimanis memerlukan masa untuk dipulihkan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Catuan bekalan telah dilaksanakan bermula pada jam 11.00 pagi tadi dan berkemungkinan jam 8.00 malam yang akan menjejaskan sejumlah 62,093 pengguna.

Pihak SESB sedang dalam usaha untuk memastikan pemulihan bekalan akan dilaksanakan secara berperingkat.

Sila hubungi SESB Careline 15454, 088-515000, 019-8525427 atau melalui aplikasi mySESB untuk sebarang pertanyaan.

RELATED ARTICLES
Utama

Yayasan PETRONAS agih 500 bakul makanan sempena Kaamatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular