HomeUtamaTBC umpama 'tangki air' buat rakyat Sabah

TBC umpama ‘tangki air’ buat rakyat Sabah

Read Time:1 Minute, 39 Second

Keningau : Taman Banjaran Crocker (TBC) yang diumpamakan sebagai sebuah ‘Tangki Air’ mampu membekal sebanyak 4.3 billion liter sehari bagi menampung pengunaan air untuk 28 juta penduduk.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Christina Liew berkata, nilai pengeluaran sehari air dari taman berkenaan dianggarkan sebanyak RM7.7 juta sehari berdasarkan harga RM1.80 bagi setiap 1,000 liter air di Sabah ketika ini.

“Saya sengaja tidak mengambil kos rawatan air di loji rawatan air, kos perpaipan serta kos-kos lain sebab selaku Kementerian yang menjaga hal ehwal alam sekitar negeri Sabah, fokus kita adalah tertumpu kepada nilai ekonomi dalam perkhidmatan ekosistem yang kita berikan.

“Ini juga sebenarnya telah memberi manfaat secara langsung kepada 99,100 orang komuniti di 385 buah kampung di kawasan Rizab Biosfera Banjaran Crocker (CRBR),” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Ulang Tahun Pewartaan TBC Ke-40 anjuran Taman-Taman Sabah (Sabah Parks), di sini, semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Setiausaha Tetap II Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Alesia Sion.

Christina berkata, aktiviti pembangunan di TBC perlu dilakukan pada skala yang minumun dan dilaksanakan secara berhati-hati dengan menekankan aspek kelestarian supaya tidak mengganggu fungsinya sebagai kawasan tadahan air.

“Oleh itu, kita perlu terus melindungi dan mempertahankan TBC untuk 1,000 tahun akan datang. Biarlah visi kita iaitu ‘Rakyat Sabah Hidup Harmoni Dengan Alam Semulajadi’ terus berkumandang dalam deruan aliran air terjun dan sungai yang mengalir di TBC,” katanya.  

TBC diisytiharkan sebagai kawasan CRBR pada 2014 membabitkan keluasan 350,584 hektar, iaitu antara kawasan pemuliharaan terbesar di Pulau Borneo di bawah rizab biosfera.

Christina berkata rizab biosfera merujuk kepada kawasan ekosistem daratan dan pantai atau laut, atau gabungan kedua-duanya, yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dalam rangka Program ‘UNESCO Man and Biosphere’ yang untuk mempromosi saling kait dan hubungan seimbang di antara manusia dan biosfera.

CRBR meliputi sebahagian daripada 10 daerah di Sabah iaitu Keningau, Tambunan, Tenom, Beaufort, Papar, Penampang, Kota Kinabalu, Ranau, Tuaran dan Membakut. – SABAH MEDIA / FOTO SABAH PARK

RELATED ARTICLES
Luar negaraUtama

Helikopter Terhempas: Ebrahim Raisi Dilaporkan Maut Bersama Penumpang Lain

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular