HomeIsu tempatanLebih dua tan sisa kitar semula berjaya dikumpul

Lebih dua tan sisa kitar semula berjaya dikumpul

Read Time:1 Minute, 33 Second

Kota Kinabalu : Lebih dua tan sisa kitar semula berjaya dikumpul menerusi pertandingan kitar semula isi rumah yang diadakan bersempena kempen bulan kesedaran ‘My City, My Responsibility 1.0’ tahun ini.

Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Seri Sabin Samitah berkata, jumlah itu berjaya mencapai 100 peratus lebih tinggi berbanding tahun lalu.

“Rekod ini jelas menunjukkan peningkatan yang besar dari aspek kesedaran masyarakat awam untuk mengasingkan sisa rumah setiap hari.

“Ini juga membuktikan bahawa bahan sisa adalah berpotensi untuk dijadikan sebagai salah satu sumber kewangan jika diurus dengan cara yang betul,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penutupan kempen bulan kesedaran ‘My City, My Responsibility 1.0’ di sini semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Robert Lipon.

Sabin berkata, kempen yang dilaksanakan itu adalah satu bukti komitmen Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dalam menganjak minda masyarakat awam akan tanggungjawab untuk bersama-sama menjaga kebersihan bandar raya.

Katanya, sasaran ini adalah seiring dengan Matlamat Pembangunan Mampan (UN SDG 17) iaitu Matlamat 3 (Kesihatan Baik dan Kesejahteraan), Matlamat 6 (Air Bersih dan Sanitasi, Matlamat 14 (Kehidupan Dalam Air) dan Matlamat 15 (Kehidupan Di Darat).

“Sempena sambutan ulang tahun ke-24 bandaraya Kota Kinabalu, pihak DBKK juga telah melancarkan Pertandingan Cabaran ‘Kampungku Bersih’ bagi peringkat kawasan perkampungan, pada 03 Februari 2024 lalu.

“Pertandingan ini bertujuan untuk mewujudkan tahap kesedaran sosial dalam kalangan penduduk kampung sekitar Bandaraya Kota Kinabalu melalui kempen dan aktiviti pembersihan yang dilaksanakan secara berterusan,” katanya.

Sebanyak 23 buah kampung (termasuk kawasan kampung persendirian) telah menyahut cabaran ini.

Pelbagai pengisian acara telah dirancang sepanjang pelaksanaan Kempen Bulan Kesedaran ‘My City, My Responsibility 1.0’.

Antaranya ialah pertandingan kitar semula isi rumah, ‘upcycling’ pakaian terpakai, ‘treasure hunt’, pertunjukan fesyen kanak-kanak, pertandingan mewarna dan melukis, tiktok slogan “my city, my responsibility” ataupun MCMR, teka berat dan jumlah puntung rokok serta pameran kesihatan dan alam sekitar. – SABAH MEDIA / FOTO DBKK

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Petugas Tabung Darah digesa tingkat kemahiran, pengetahuan demi keselamatan pesakit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular