HomeUtamaHukuman gantung 6 lelaki bunuh Kevin Morais kekal

Hukuman gantung 6 lelaki bunuh Kevin Morais kekal

Read Time:1 Minute, 33 Second

PUTRAJAYA – Mahkamah rayuan yang bersidang hari ini yang mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap enam lelaki atas sabitan kesalahan membunuh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Anthony Kevin Morais, sembilan tahun lalu.

Panel tiga hakim dipengerusikan Datuk Hadhariah Syed Ismail yang bersidang bersama Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk Azmi Ariffin, memutuskan bahawa kejadian pembunuhan ini telah dirancang dengan rapi.

” Keadaan mayat simati semasa dijumpai menunjukkan kekejaman OKT – OKT. Tidak cukup dengan membunuh simati, kereta simati juga dibakar dan barang-barang peribadi simati dibuang.

“Maka, kejadian bunuh ini dikategorikan sebagai luar biasa dari kejadian bunuh yang biasa-biasa. Oleh itu, pada hemat kami hukuman yang sepadan dengan kesalahan yang dilakukan ialah hukuman gantung sampai mati.

” Dengan itu, rayuan OKT – OKT terhadap sabitan dan hukuman didalam kedua-dua rayuan ditolak. Sabitan dan hukuman yang dijatuhkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi dalam kedua-dua rayuan dikekalkan.

Mahkamah Tinggi pada 10 Julai 2020 lalu telah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap enam lelaki atas sabitan kesalahan membunuh Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Anthony Kevin Morais.

Lelaki terbabit iaitu bekas pakar patologi, Kolonel Dr R Kunaseegaran, 61; pemberi pinjaman wang, S Ravi Chandran, 53; dan empat penganggur, R Dinishwaran, 32; A K Thinesh Kumar, 31; M Vishwanath, 34; serta S Nimalan, 31.

Mereka didakwa membunuh Kevin Morais, 55, di sebuah lokasi di sepanjang Jalan Dutamas Raya Sentul dan Jalan USJ 1/6D, Subang Jaya antara jam 7 pagi hingga 8 malam, 4 September 2015.

Pendakwaan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) dibaca bersama Seksyen 34 KK yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan.

Mendiang dilaporkan hilang pada tarikh terbabit dan kali terakhir dilihat meninggalkan kondominium dengan menaiki kereta Proton Perdana dari Menara Duta, Kuala Lumpur, ke pejabatnya di Jabatan Peguam Negara di Putrajaya.

Mayatnya ditemui dalam tong dram yang diisi konkrit di Persiaran Subang Mewah, Subang Jaya, pada 16 September tahun sama.

RELATED ARTICLES
Utama

Kementerian Kewangan berjaya tingkatkan pendapatan Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular