HomeIsu tempatanLelaki ditahan, ketika buat gantian kad pengenalan disyaki palsu

Lelaki ditahan, ketika buat gantian kad pengenalan disyaki palsu

Read Time:24 Second

SANDAKAN: Seorang lelaki ditahan disyaki menggunakan kad pengenalan palsu ketika membuat permohonan gantian kad tersebut di kaunter Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Daerah Sandakan, Isnin lalu.

Menerusi kenyataan dikeluarkan dalam laman Facebook rasmi JPN Negeri Sabah, lelaki tersebut ditahan oleh pegawai JPN Daerah Sandakan.

Katanya, semakan oleh pegawai JPN itu mendapati kad pengenalan yang digunakan oleh lelaki berkenaan tidak sepadan dengan maklumat dalam pangkalan data JPN.

“Lelaki berkenaan seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” kata kenyataan itu.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

FSSK UMS jayakan seminar pergerakan kesatuan sekerja di Malaysia

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular