HomeIsu tempatanPROKESA tingkat usaha bantu golongan kerdil

PROKESA tingkat usaha bantu golongan kerdil

Read Time:1 Minute, 20 Second

Kota Kinabalu :  Persatuan Orang Kerdil Sabah (PROKESA) akan terus meningkatkan usaha dalam membantu golongan tersebut di negeri ini.

Pengerusinya, Asna @ Asnah Yusop berkata, pelbagai program dirancang untuk meningkatkan ekonomi dan menjaga kebajikan orang kerdil serta membantu dalam pembangunan modal insan.

“Beberapa kerjasama akan diadakan dalam rangka memberikan latihan dan kursus kepada orang kerdil bagi meningkatkan ekonomi antaranya pemprosesan makanan sejuk beku yang akan diedarkan di pasaran tempatan.

“PROKESA akan berusaha dalam memberi kefahaman kepada masyarakat luar bahawa orang kerdil juga perlu diberikan peluang untuk menceburi bidang tertentu kerana mereka juga ingin menjadi penyumbang kepada peningkatan sosio ekonomi di Sabah,” katanya.

Asna berkata,  PROKESA juga sedang giat bagi mengenalpasti beberapa lokasi orang kerdil untuk diberikan dorongan dan sokongan agar tidak malu mengetengahkan bakat yang ada.

“Selain itu PROKESA juga berharap agar kemudahan infrastruktur di bangunan-bangunan kerajaan mahupun komersial akan lebih mesra kepada golongan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu.

Kunjungan tersebut bertujuan untuk memaklumkan Tun Juhar berkaitan Majlis Makan Amal dan Majlis Berbuka Puasa serta beberapa program yang akan diadakan pada tahun ini.

Selain itu, Tun Juhar turut menerima kunjungan dari  Maahad Tahfiz Sulaimaniyah yang diketuai oleh Pengerusi, Datuk Osman Jamal serta pengetua Mustafa Sahinkaya dan rombongan. 

Osman berkata, maahad berkenaan telah menghantar 32 pelajar ke Turki bagi melanjutkan pelajaran di sana serta akan membuka beberapa lagi cawangan di Sabah.

Katanya, Maahad Tahfiz Sulaimaniyah bermula yang bermula di Tawau pada tahun 2014 kini mempunyai cawangan di Kota Kinabalu dan Papar.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

DBKK berjaya lupuskan 97 tan sampah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular