HomePendapatMakanan - Bekalan Terjejas, Harga Mahal, Pembaziran Tinggi

Makanan – Bekalan Terjejas, Harga Mahal, Pembaziran Tinggi

Read Time:5 Minute, 17 Second

Oleh – Wan Azrain Adnan

1.      Ketika ini, Malaysia masih bergelut dengan isu keterjaminan makanan negara/ national food security. Isu ini sudah berlanjutan untuk tempoh yang lama, sehinggakan ianya sudah mencapai tahap yang amat membimbangkan. Akibatnya, rakyat terpaksa berdepan dengan bekalan makanan yang terjejas serta harga makanan yang tinggi.

2.      Sebagai contoh. Industri ayam dan beras di selubungi dengan masalah bekalan yang tidak mencukupi dan harga jualan yang tinggi. Masalah berkenaan timbul di sebabkan oleh beberapa faktor dalaman dan global, termasuklah: peningkatan kos pengeluaran, perubahan cuaca/ climate change, konflik geopolitik dan peperangan.

3.      Fakta menarik. Daging ayam dan beras merupakan dua makanan utama rakyat Malaysia. Menurut data Jabatan Perangkaan Malaysia/ Department of Statistics Malaysia (DOSM) 2021, penggunaan per kapita/ per capita consumption untuk daging ayam dan beras adalah tinggi berbanding lain-lain makanan.Secara purata, seorang rakyat Malaysia makan:

  • daging ayam sebanyak 46.1 kg setahun atau 3.84 kg sebulan
  • beras (nasi) sebanyak 79 kg setahun atau 6.58 kg sebulan

4.      Kegagalan negara untuk menghasilkan bekalan makanan yang mencukupi menyebabkan negara bergantung tinggi kepada import makanan. Isu keterjaminan makanan negara semakin meruncing memandangkan nilai import makanan negara merekodkan trend peningkatan yang ketara dari tahun ke tahun: RM 38.8 billion (2013), RM 42.6 billion (2014), RM 45.13 billion (2015), RM 51.3 billion (2017), RM 52 billion (2018), RM 55.4 billion (2020), RM 63.59 billion (2021), RM 75.54 billion (2022).

Ini bermakna, dalam tempoh 10 tahun, nilai import makanan negara telah melonjak sebanyak 95% (RM 36.74 billion).

5.      Malah, dengan kemerosotan nilai matawang Ringgit Malaysia ketika ini, nilai import makanan negara bekemungkinan besar akan meningkat. Akhirnya, rakyat Malaysia juga yang akan sengsara dengan cabaran kos sara hidup.

6.      Namun begitu, ketika Malaysia bergelut untuk menangani isu keterjaminan makanan ini, suatu fenomena pelik turut berlaku, di mana pembaziran makanan berada di tahap yang tinggi, dan kian meningkat.   

7.      Menurut laporan Food Waste Index Report 2021 oleh United Nations Environment Programme (UNEP), Malaysia menghasilkan sisa makanan sejumlah 8.3 juta tan setahun. Secara purata, setiap rakyat Malaysia menghasilkan sisa makanan sejumlah 259.82 kg setahun, ataupun 21.65 kg sebulan, ataupun 0.72 kg sehari.

Ini telah meletakkan Malaysia sebagai Johan Dunia!

8.      Selain Malaysia, negara-negara lain di kelompok 5 teratas adalah: Nigeria (232 kg/ seorang/ setahun), Rwanda (208 kg/ seorang/ setahun), Israel (178 kg/ seorang/ setahun), Greece (175 kg/ seorang/ setahun).

9.      Pada April 2022, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia di laporkan berkata bahawa rakyat Malaysia menghasilkan 38,000 tan sisa pepejal setiap hari, di mana 17,000 tan adalah sisa makanan. Daripada jumlah tersebut, di anggarkan sejumlah 24% (4,046 tan) adalah sisa makanan yang boleh di elakkan.

Jumlah 4,046 tan sisa makanan yang boleh di elakkan tersebut boleh memberi makan tiga kali sehari kepada 3 juta orang.

10.   Isu sisa makanan ini memberikan pelbagai kesan negatif kepada negara dan rakyat Malaysia, termasuklah – ekonomi dan kelestarian alam sekitar. Sudah pasti pengurusan kuantiti sisa makanan yang kian meningkat melibatkan kos yang besar, dan memberi tekanan kewangan kepada kerajaan.

11.   Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia berkata bahawa secara purata, isi rumah di Malaysia kerugian sebanyak RM 210 sebulan dari segi kos pembuangan sisa makanan.

12.   Menurut beliau lagi, sekiranya satu kilogram sisa makanan dapat di elakkan, pembebasan sebanyak 2.5kg gas karbon dioksida (CO2) dapat di kurangkan.

13.   Di samping itu, pembaziran makanan adalah isu moral dan keagamaan, di mana pembaziran makanan adalah sesuatu yang di tegah oleh agama Islam. Namun begitu, bulan Ramadan menghasilkan jumlah sisa makanan yang begitu tinggi, berbanding dengan lain-lain bulan sepanjang tahun.

14.   Sebagai contoh. Menurut laporan media pada April 2023, Pengarah Urusan KDEB Waste Management (KDEBWM) menyatakan bahawa di enam kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), para peniaga Bazar Ramadan telah membuang sisa bahan makanan sebanyak 76.67 tan sehari. Ini telah meningkat sebanyak 51%, berbanding 50.78 tan sehari pada bulan Ramadan 2022.

15.   Untuk tempoh 18 hari berpuasa sahaja, peniaga-peniaga berkenaan telah membuang sekitar 1,326.06 tan makanan yang tidak habis di jual.

              Sumber: Sinar Harian, 9 April 2023

16.   Angka besar tersebut belum lagi meliputi lain-lain Bazar Ramadan di seluruh Selangor. Angka itu juga belum lagi meliputi jumlah pembaziran makanan di rumah-rumah, serta majlis Bufet Ramadan yang di adakan di hotel dan restoran di Selangor.

17.   Di samping itu, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) di lapor mengendalikan sejumlah 954 tan sisa makanan untuk tempoh 18 hari berpuasa, membabitkan 92 Bazar Ramadan di Putrajaya dan Kuala Lumpur.

18.   Agaknya berapa pula angka pembaziran makanan di seluruh negara di bulan Ramadan? Untuk menyamai berat pembaziran makanan itu, silap-silap tidak cukup bilangan gajah di Malaysia.

19.   Fakta menarik. Pada tahun 2022, jumlah gajah di Semenanjung Malaysia di anggarkan antara 1,220 hingga 1,680 ekor.

20.   Isu keterjaminan makanan negara di jangka akan berlanjutan untuk jangka masa panjang, di sebabkan oleh pelbagai faktor dalaman dan global. Justeru itu, selari dengan usaha Kerajaan Malaysia untuk menangani isu keterjaminan makanan, rakyat Malaysia juga semestinya lebih prihatin dan berazam untuk mengelakkan pembaziran makanan.

21.   Oleh yang demikian, program kesedaran mesti di perhebatkan oleh semua pihak berkepentingan untuk menangani isu pembaziran makanan yang semakin tenat. Penerapan nilai menghargai makanan sewajarnya bermula di sekolah, selari dengan peribahasa: Melentur buluh, biarlah dari rebungnya.

22.   Justeru itu, program kesedaran wajar di sokong dan di ketengahkan secara menyeluruh di serata negara. Sebagai contoh. Penuntut Universiti Teknologi Mara (UITM), Tengku Nur Zahirah Tengku Mahmood, mengetuai “Projek Pinggan Licin: Every Scrap Matters”, dengan hashtag media sosial: #KasiLicinLah.

23.   Projek berkenaan bertujuan untuk mengurangkan pembaziran makanan dengan menggalakkan rakyat Malaysia agar menghabiskan semua makanan di atas pinggan.

Dalam bahasa mudah, makan sampai licin!

        Sumber: The Star, 4 Julai 2023

24.   Salam Ramadan. Makan sampai licin….

Oleh:

RELATED ARTICLES
Utama

QSB kukuh kolaborasi dalam pengurusan kesihatan pekerja asing

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya