HomeUtamaCuaca panas lebih 35 darjah celcius diramal di Semenanjung,Sabah

Cuaca panas lebih 35 darjah celcius diramal di Semenanjung,Sabah

Read Time:42 Second

Kota Kinabalu : Cuaca kering dan panas dengan suhu melebihi 35 darjah Celsius diramalkan di kebanyakan tempat di Semenanjung dan Sabah sepanjang tempoh tujuh hari ke hadapan bermula semalam.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi hantaran di Facebook semalam memaklumkan di Sarawak, ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku pada sebelah petang dan boleh berlarutan hingga pagi.

“Berdasarkan analisis model-model cuaca, penumpuan angin dijangka berlaku di Sarawak sehingga 15 Mac 2024.  

“Keadaan ini berpotensi menghasilkan ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang di kawasan tersebut terutama pada sebelah petang dan boleh berlarutan hingga ke pagi,” menurut kenyataan itu di sini semalam.

MetMalaysia menasihatkan orang awam untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih. – SABAH MEDIA 

RELATED ARTICLES
Utama

Kerajaan Semak Semula Arahan MKN No 20 Untuk Mantapkan Mekanisme Pengurusan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya