HomeUtamaKanak-kanak lelaki parah, tertusuk besi dada, leher

Kanak-kanak lelaki parah, tertusuk besi dada, leher

Read Time:38 Second

KOTA MARUDU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun cedera parah akibat tertusuk besi di dada dan leher dalam kejadian di Kampung Tandek pada Khamis.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.31 petang Khamis (14 Mac) dari Hospital Lotong Kota Marudu mengenai kejadian itu.

Katanya, sebelum kejadian menurut ibu mangsa, semasa mereka pergi ke kedai runcit, kanak-kanak tersebut tersandung lalu terjatuh dan tertusuk besi di dadanya.

“Dalam kejadian itu kanak-kanak tersebut mengalami kecederaan bahagian dada dan lehernya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, pasukan Bomba berjaya memotong besi tersebut menggunakan peralatan khas.

“Seterusnya mangsa diserahkan kepada pihak hospital untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan pada jam 7.09 malam,” katanya.

RELATED ARTICLES
Luar negaraUtama

Helikopter Terhempas: Ebrahim Raisi Dilaporkan Maut Bersama Penumpang Lain

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular