HomeEkonomiBolehkah Eropah Selamatkan Hutan Tanpa Membunuh Pekerjaan di Malaysia?

Bolehkah Eropah Selamatkan Hutan Tanpa Membunuh Pekerjaan di Malaysia?

Read Time:9 Minute, 16 Second

Larangan yang akan dikuatkuasakan oleh Kesatuan Eropah ke atas import yang berkaitan dengan pembalakan hutan telah dipuji sebagai “piawaian emas” dalam dasar iklim: langkah yang bermakna untuk melindungi hutan dunia, yang membantu menghilangkan gas rumah hijau yang membunuh planet dari atmosfera.

Undang-undang tersebut memerlukan peniaga untuk menjejaki asal usul pelbagai produk yang memeningkan  kepala  seperti  daging , lembu dan buku, coklat dan arang, gincu bibir dan kulit. Bagi Kesatuan Eropah, peraturan  tersebut, yang akan berkuat kuasa tahun depan, adalah bukti peranan blok tersebut sebagai pemimpin global dalam perubahan iklim.

Namun, dasar itu bagaimanapun, telah terperangkap dalam  pertelingkahan yang sengit tentang cara mengawal ekonomi dan tuntutan  tukar ganti politik yang menuntut perubahan iklim di dalam dunia.

Negara membangun telah menyuarakan ketidakpuasanhati mereka  – dengan Malaysia dan Indonesia antara yang paling lantang mengenai perkara ini. .  Kedua- dua negara tersebut menyumbang 85 peratus daripada minyak kelapa sawit dunia, salah satu daripada tujuh komoditi penting yang termasuk di dalam  larangan oleh Kesatuan Eropah. Dan mereka mengatakan bahawa undang-undang tersebut mengancam ekonomi mereka.

Dalam pandangan mereka, negara-negara kaya, maju secara teknologi – dan bekas kuasa kolonial itu   sekali lagi menetapkan syarat dan menukar peraturan perdagangan yang bersesuaian dengan mereka.

“kawalan Imperialisme,” kata menteri ekonomi Indonesia.

Pandangan ini sejajar dengan aduan dari negara-negara membangun bahawa peraturan antarabangsa yang berkuasa mengabaikan kebimbangan mereka.

Pertikaian minyak kelapa sawit juga menggariskan ketegangan utama dalam ekonomi perubahan iklim: hujah bahawa negara berpendapatan rendah dan sederhana terpaksa menanggung kos peralihan alam sekitar yang rosak yang kebanyakannya berpunca dari negara-negara terkaya di dunia.

Kita tidak menentang dan menyoal mengenai keperluan untuk menentang penebangan hutan ujar Menteri  Alam Sekitar Malaysia , Nik Nazmi, Tetapi adalah tidak adil apabila negara-negara yang telah menebang hutan tanah mereka sendiri selama berabad-abad lalu , atau bertanggungjawab untuk kebanyakan penebangan hutan kita, secara unilateral mengenakan syarat kepada kita.”

Malah ramai pegawai kerajaan, wakil industri dan petani berpendapat bahawa peraturan Kesatuan Eropah itu  benar-benar satu bentuk perlindungan ekonomi, satu cara untuk melindungi petani Eropah yang menanam tanaman yang menjadi pesaing kepada minyak sawit seperti biji sesawi atau kekacang soya.

Di bawah undang-undang Kesatuan Eropah yang diluluskan tahun lepas, mereka melarang produk yang menggunakan Minyak sawit dan komoditi lain seperti getah dan kayu yang berasal dari kawasan hutan yang ditukar kepada pertanian selepas 2020.

Membuktikan pematuhan alam sekitar  boleh menjadi kompleks dan mahal bagi sebilangan besar pekebun kecil.

Di Malaysia dan Indonesia, Perdana Menteri dan Presidennya  menyatakan bahawa mata pencarian rakyat mereka kini terancam. Mereka bersama-sama berjanji untuk melawan apa yang mereka sebut sebagai “langkah-langkah diskriminatif yang sangat merugikan terhadap minyak kelapa sawit.”

Ketakutan ini telah disuarakan oleh golongan yang menentang kemiskinan dan juga beberapa ahli alam sekitar.

“Ramai orang akan terkejut apabila peratutan ini  berkuat kuasa tahun depan,” kata Pamela Coke-Hamilton, pengarah eksekutif Pusat Perdagangan Antarabangsa, sebuah agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang dicipta untuk membantu negara-negara miskin membangunkan kekayaan melalui perdagangan

Kebanyakan petani kecil bahkan tidak tahu tentang larangan itu , apatah lagi bagaimana untuk membuktikan pematuhan mereka,” kata  Coke-Hamilton. Dalam seminggu wawancara dengan The New York Times di ladang-ladang di negeri Sabah tidak seorang pun petani kecil pernah mendengar tentang peraturan pembalakan hutan.

“Mereka akan dihalau dari pasaran, yang mungkin lebih merosakkan alam sekitar, kata Coke-Hamilton dan Kita tahu pembalakan hutan berkait rapat dengan kemiskinan.

Deretan Kelapa Sawit yang tidak berkesudahan

Tahun Baru Cina adalah cuti kebangsaan di Malaysia, namun bagi Awang Suang, 77 tahun beliau telah bangun semenjak subuh, membawa mesin pemotong rumput di sekeliling pokok kelapa sawit di ladangnya.

Awang yang memiliki ladang seluas 12 ekar di Membakut Sabah itu mengusahakan  sendiri ladang miliknya

Beliau telah mengusahakan tanaman kelapa sawit selama lebih 50 tahun selepas beralih daripada pokok getah. Sawit memerlukan kurang tenaga buruh dan menghasilkan penuaian yang lebih kerap – kira-kira setiap dua minggu, sepanjang tahun – memberikan pendapatan yang lebih stabil, jelasnya.

Bekerja di dalam cuaca lembab di hutan khatulistiwa sangat meletihkan. Beliau menggerakaan galah pemotong sawit yang boleh dilaras untuk memotong buah tandan yang berduri seberat antara 20-30 kilogram sebelum mengangkut dan mengumpul buahnya di tepi jalan raya

Dalam bulan yang baik, Awang berkata, dia boleh menuai  kira-kira lapan tan buah

Tambahnya kebanyakan pemilik tanah  yang dikenalinya menanam kelapa sawit. Ramai menambah pendapatan mereka dengan menternak kambing, menangkap ikan, serta melakukan kerja- kerja kontraktor kecil kerajaan.

Di dalam beberapa dekad ini, permintaan dunia mengenai Minyak sawit telah meningkat. Kira-kira separuh rak pasar raya mengandungi  minyak sawit dan Sebahagian besarnya datang daripada syarikat bernilai multibillion dollar yang mempunyai keluasan beribu kilometer kelapa Sawit

Di Seluruh Sabah keluasan tanaman pokok kelapa sawit ini,  seluas mata memandang. Landskapnya indah berbanding dengan kepelbagaian di hutan hujan kerana ianya ditanam sejalur, seperti penyapu yang mempunyai berus yang lurus.

Di Malaysia Pekebun kecil ditakrifkan sebagai pekebun yang memiliki kurang daripada 40 hektar, atau hampir 100 ekar — mengusai hampir  27 peratus daripada keluasan penanaman  kelapa sawit negara.

Kenaikan harga mendadak komoditi emas ini telah membantu mengurangkan tahap kemiskinan di luar bandar, membina kekayaan hasil daripada export dan mewujudkan pekerjaan, menurut bank dunia  kira-kira 4.5 juta penduduk di Malaysia serta Indonesia berkecimpung di dalam industri ini

Untuk seketika minyak ini dipromosikan sebagai produk yang mesra alam sekitar. Ianya boleh menghasilkan empat hinga 10 kali lebih banyak minyak daripada kawasan yang sama ditanam dengan kadang soya ataupun bunga matahari

Tetapi faedah alam sekitar hanya terakru jika tanah tanaman sedia ada ditukar kepada kelapa sawit. Sebaliknya, ada pengusaha membersihkan atau membakar hutan hujan asli dan tanah gambut bagi  memulakan aktiviti penanaman pokok sawit.

penghapusan dan pembebasan gas rumah hijau ekoran aktiviti membakar ini mencetuskan malapetaka kepada alam sekitar.

Menurut laporan World Resources Institut, Malaysia hampir  kehilangan satu perlima daripada hutan tropika utamanya. Malah habitat untuk beribu-ribu spesies, termasuk orang utan, beruang matahari dan gajah pigmy , telah dimusnahkan, meletakkan mereka di dalam bahaya kepupusan.

Badan Pemerhati alam sekitar seperti Tabung Hidupan Liar Sedunia pada tahun 2004 bersama pelbagai pemain industi dan syarikat multinasonal telah bekerjasama untuk mewujudkan perbincangan meja bulat mengenai minyak sawit lestari (RSPO) dan organisasi sukarela ini menetapkan piawaian untuk mengurangkan aktiviti  yang merosakkan alam sekitar ini.

Tetapi para pengkritik berpendapat walaupun terdapat penambahbaikan, perjanjian secara sukarela sahaja tidak dapat memelihara dan memulihkan hutan dunia

Laporan daripada parlimen eropah pada 2020 telah  menyimpulkan bahawa “ self-policing should only be complementary to binding measures”

Dan Kesatuan Eropah telah menguatkuasakan perkara itu dimana untuk memastikan sebarang jualan produk kepada 27 negara blok berkenaan, produk berkenaan harus dapat dikesan dari mana sumbernya. Undang-undang itu menuntut hampir semua pengeluar yang mengusahakan kelapa sawit, kopi, koko, lembu, kacang soya, getah dan kayu memetakan sempadan tepat tanah ladang mereka untuk membuktikan bahawa komoditi itu tidak dikaitkan dengan aktiviti penebangan hutan.

Terpulang kepada pengeksport untuk membuktikan bahawa peraturan telah dipatuhi pada setiap titik sepanjang rantaian bekalan.

Namun, bagi kebanyakan rakyat Malaysia, mandat Kesatuan Eropah mencerminkan salah faham yang mendalam.

Mengesan daripada mana setiap tandan buah itu dituai terutamanya di ladang yang kedudukannya jauh terpencil lebih rumit daripada apa yang disedari oleh penggubal undang-undang di Brussel itu kata pekebun kecil

KESUKARAN MENGESAN SUMBER ASALNYA

Pekebun kecil kebanyakannya menjual kepada peniaga – peniaga dan pemborong, lapisan demi lapisan orang tengah yang akhirnya mencampurkan tandan buah kelapa sawit dari ratusan ladang.

Untuk mengesan daripada mana sumbernya adalah sangat rumit kerana para peniaga sangat berhati-berhati dengan persaingan dan tidak mahu memberitahu kilang daripada mana semua pembekal mereka datang kata Reza Azmi, Pengarah eksekutif Wild Asia iaitu Satu badan NGO bukan berasaskan keuntungan yang berpengkalan di Malaysia. Mereka  bekerjasama dengan pekebun kecil untuk meningkatkan amalan di dalam menjaga alam sekitar

Pengeluar serta pekebun kecil yang berniaga secara bebas boleh dihimpit, dan dihalang untuk meluaskan perniagaan mereka

Menurut Azmi lagi, apa yang didengarinya di Sabah ialah pengilang bebas untuk menjual minyak mereka kepada syarikat korporat besar kerana mereka tidak mempunyai sumber untuk memastikan pematuhan itu diikuti sepenuhnya

Cabaran  untuk mengesan kembali dari mana  sumber minyak itu diperolehi boleh dilihati di pusat kecil pengumpulan hasil di Gomantong dimana para pekebun kecil menjual hasil mereka secara harian ataupun mingguan.

Bermula dari jam 6 pagi, berpuluh-puluh trak besar dari ladang, serta lori pickup kecil milik pekebun kecil bergerak satu demi satu melalui satu platform besar, sebelum mereka membuang buah tandan segar yang mereka bawa ke satu  tempat pengumpulan.

Pada penghujung hari, kira-kira 80 tan buah akan terkumpul sebelum buah-buah itu kemudiannya dihantar ke kilang.

Apabila bercakap mengenai mandat Kesatuan Eropah, hasil daripada satu ladang sahaja yang tidak diperakui akan menjadikan keseluruhan buah sawit yang diproses di kilang itu tidak layak di eksport dan digunakan  ke seluruh blok eropah iaitu pengimport minyak sawit ketiga terbesar di dunia.

Menurut Olivier Tichit, Pengarah kemampanan kumpulan musim Mas Indonesia, Salah satu syarikat minyak sawit bersepadu terbesar di dunia berkata, kumpulan mereka membeli buah tandan segar sawit daripada berjuta pekebun kecil

Jika satu daripada ladang itu tidak mematuhi piawaian tersebut, maka seluruh hasil kilang akan terjejas dan syarikatnya tidak akan mengambil risiko mengenai perkara  itu.

Menurut seorang jurucakap Suruhanjaya Eropah, mereka sangat komited di dalam menyokong dan menyediakan keperluan untuk memastikan pekebun-pekebun kecil  bersedia untuk mematuhi perubahan yang dikuatkuasakan. Malah blok itu juga berjanji untuk menyediakan 110 juta euro bagi menyediakan khidmat sokongan teknikal kewangan.

Malah menurut kesatuan itu lagi, para petani dengan keluasan kurang daripada 10 ekar boleh menggunakan telefon pintar untuk memetakan tanah mereka. “Koordinat GPS boleh dijana dengan mudah dan percuma,”

Tetapi pengkritik menegaskan bahawa pemetaan ladang dan kemudian mengesahkan data adalah jauh lebih kompleks, memakan masa dan mahal, apatah lagi mereka turut dibelenggu dengan isu kekurangan hak milik tanah yang didokumenkan dan komplikasi lain.

Di Malaysia, Pihak berwajib telah menyatakan bantahan kerana undang-undang kesatuan Eropah telah mengabaikan peraturan pelesenan dan penebangan hutan yang sudah ada dan dikuatkuasakan di negara itu

Semenjak jan 2020, kesemua pekebun dan perniagaan haruslah mengikuti pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO).  Piawaian itu dilihat sepadan dengan piawaian yang ditetapkan kesatuan Eropah walaupun tiada keperluan untuk melakukan pemetaan  geolokasi

Usaha itu telah membuahkan kejayaan. Dalam tinjauan tahunan 2022, oleh  Institut Sumber Dunia, mereka mendapati bahawa Malaysia adalah salah satu daripada beberapa tempat di mana penebangan hutan tidak menjadi lebih parah.

Pasukan petugas baharu yang dianggotai Suruhanjaya Eropah dan Menteri-Menteri kerajaan dari Malaysia dan Indonesia sedang bermesyuarat untuk berusaha melaksanakan peraturan penebangan hutan. Dan secara rasmi, Malaysia telah meminta suruhanjaya itu menerima sistem pensijilan milik Malaysia , dan mengecualikan pekebun kecil daripada undang-undang berkenaan.

Namun persepsi bahawa kuasa eropah menetapkan arahan kepada kerajaan itu masih berjalan

“Kamu tidak boleh menguatkuasa undang-undang dan kemudian datang dan berkata, ‘Mari berdialog,'” kata Belvinder Kaur Sron, pengarah eksekutif Majlis Minyak Sawit Malaysia, iaitu sebuah organisasi perdagangan.

Terdapat juga perasaan tidak puas hati bahawa terdapat piawaian berbeza yang dikenakan kepada negara-negara kaya.

“Kita diberitahu tentang pematuhan piawaian yang ketat,” kata  Menteri Alam Sekitar.Nik Nazmi  Tetapi apabila ianya membabitkan kawasan yang mempunyai kepentingan ekonomi yang lebih kuat terlibat, peraturan itu menjadi longgar.

Kami merasakan suara kami tidak didengari katanya lagi

Penafian dan kredit – Artikel ini diterbitkan pertama kalinya di laman sesawang NYT , dan para pembaca boleh melayari artikel asal di laman sesawang berkenaan.

RELATED ARTICLES
Utama

Kementerian Kewangan berjaya tingkatkan pendapatan Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular