HomeUtamaOPS PANTAU: 231 premis diperiksa di Sabah, empat kertas siasatan dibuka untuk...

OPS PANTAU: 231 premis diperiksa di Sabah, empat kertas siasatan dibuka untuk tindakan

Read Time:1 Minute, 56 Second

PAPAR: Sebanyak 231 premis di Sabah telah diperiksa sepanjang pelaksanaan OPS PANTAU oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), bilangan aduan yang diterima adalah sebanyak 16 dan sebanyak empat kertas siasatan telah dibuka untuk tindakan, kata Menteri KPDN Datuk Armizan Mohd Ali.

Beliau berkata, OPS PANTAU 2024 dilaksanakan secara berfokus di seluruh negara dengan
lokasi tumpuan adalah seperti bazar Ramadan, bazar Aidilfitri, pasar awam,
pasar basah, hypermarket, supermarket, premis borong, mini market dan kedai runcit.

“Pemeriksaan di bawah OPS PANTAU 2024 memberikan fokus ke atas beberapa perkara, antaranya berkaitan bekalan barang, harga barang, jualan murah, penggunaan alat timbangan, penjualan barang tiruan dan kepatuhan halal,” katanya pada sidang media semasa mengadakan walkabout di Bazar Ramadan untuk Program Jualan Rahmah (PJR) Ramadan di Tapak Tamu Mingguan di sini pada Sabtu.

Armizan berkata, KPDN turut mempertingkatkan keberadaan 2,200 orang anggota penguat kuasa di lokasi-lokasi yang menjadi tumpuan pengguna termasuklah melalui penggunaan Van STAR (Skuad Tindakan Aduan dan Resolusi Pengguna) dan Kereta Peronda bagi mewujudkan ruang persekitaran perniagaan yang selamat dan beretika.

“Selain itu, pegawai pemantau harga (PPH) KPDN seramai 900 orang juga turut sama digerakkan bagi membantu pelaksanaan pemantauan
harga di lapangan.

“Mengikut statistik sejak 12 Mac yang lalu sehingga kini di seluruh negara, sebanyak 6,566 premis telah diperiksa sepanjang pelaksanaan OPS PANTAU ini, bilangan aduan yang diterima adalah sebanyak 226 dan sebanyak 26 kertas
siasatan telah dibuka untuk tindakan,” katanya.

Pada masa sama, Armizan turut memaklumkan pihak KPDN masih meneruskan pelaksanaan OPS KESAN di seluruh negara bagi memantau kesan pelaksanaan kenaikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dari enam peratus kepada lapan peratus.

“Berdasarkan pemeriksaan yang telah dijalankan oleh anggota penguat kuasa KPDN sebanyak 7,527 premis telah diperiksa, aduan yang diterima pula adalah sebanyak 25 dan 409 notis telah dikeluarkan
kepada peniaga untuk tindakan selanjutnya.

Justeru, beliau mengingatkan kepada semua peniaga agar terus mematuhi segala
perundangan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan terutamanya sepanjang bulan
Ramadan dan menjelang Hari Raya Aidilfitri sebagai usaha mempromosikan amalan perniagaan yang beretika selaras dengan pengenalan konsep Biz-Berkat oleh Kementerian.

Aduan awam boleh dibuat kepada KPDN melalui platform aduan seperti berikut:

i. WhatsApp iaitu 019-848 8000 / 019-279 4317;
ii. Portal e-Aduan KPDN iaitu http://eaduan.kpdn.gov.my;
iii. Call Centre 1-800-886-800;
iv. Aplikasi Telefon Pintar Ez ADU KPDN; dan
v. Pusat Arahan Penguatkuasaan (ECC) : 03-8882 6245 / 6088.

RELATED ARTICLES
Utama

Pelbagai inisiatif pembangunan dilaksanakan melalui Hala Tuju SMJ

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular