HomePolitikParti komponen GRS perlu timbang calon boleh menang PRN17

Parti komponen GRS perlu timbang calon boleh menang PRN17

Read Time:1 Minute, 27 Second

Tuaran: Parti komponen dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) perlu menimbangkan calon yang boleh menang untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Namun Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, pada masa ini bukanlah masa yang sesuai untuk melobi kerusi yang ingin ditandingi.

“Kita semua akan menggunakan satu simbol iaitu simbol GRS, jadi ia bukan soal kerusi tetapi apa yang kita mahu ialah calon boleh menang.

“Saya berharap semua pemimpin kita menggunakan kebijaksanaan dalam meneruskan perjuangan untuk rakyat dan pembangunan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Berbuka Puasa Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Sulaman, di sini, hari ini

Hajiji yang juga Pengerusi GRS turut mengingatkan pemimpin parti itu di Sulaman untuk meneruskan perjuangan dan kerjasama di peringkat akat umbi.

Katanya, ia sangat penting bagi berdepan dengan cabaran yang dihadapi pada masa ini, meskipun tempoh Dewan Undangan Negeri (DUN) sekarang hanya tamat pada Oktober tahun depan.

Beliau yang juga Presiden Gagasan Rakyat berkata, pemimpin akar umbi perlu turun padang untuk bertemu rakyat dan mengambil tahu masalah mereka untuk dibawa ke pengetahuan kepemimpinan atasan.

Sementara itu, Hajiji yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman berkata, ketika ini lebih 200 cawangan Gagasan Rakyat diwujudkan di Sulaman yang menggambarkan parti itu semakin mendapat sokongan rakyat.

“Semua ini hanya dapat dicapai jika kita bersatu, elak isu picisan dan bersifat peribadi, sebaliknya lihat perkara yang lebih besar iaitu untuk kita menstabilkan kerajaan,” katanya.

Katanya, landskap politik semasa menjadi lebih mencabar dan ada masanya tidak masuk akal, apabila pembangkang menyalahkannya di media sosial berkaitan kemarau yang melanda negeri ini.

“Sehubungan itu, semua pemimpin dan ahli parti perlu kekal teguh dengan prinsip dan kebijaksanaan. Ahli parti perlu memainkan peranan dengan mempertahankan parti daripada fitnah pembangkang,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO JKM-JAPEN

RELATED ARTICLES
Utama

Nurul Yanadido ke Hongkod Koisaan kali kedua

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular