HomeUtamaUjian siren Sistem Amaran Awal Tsunami di Kuala Penyu esok

Ujian siren Sistem Amaran Awal Tsunami di Kuala Penyu esok

Read Time:33 Second

Kota Kinabalu : Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) akan melaksanakan pengujian siren Sistem Amaran Awal Tsunami Malaysia (SAATNM) esok di Kuala Penyu.

Pengujian siren itu akan dilaksanakan di Balai Polis Kuala Penyu bermula jam 9 pagi hingga 11 pagi.

“Dimaklumkan bahawa MetMalaysia akan melaksanakan pengujian siren SAATNM pada 19 Mac 2024 (Selasa) di Balai Polis Kuala Penyu jam 9 hingga 11 pagi,” menurut kenyataan MetMalaysia di sini hari ini.

MetMalaysia turut menasihati penduduk di kawasan sekitar agar tidak panik dengan bunyi siren tersebut.

“Penduduk di kawasan sekitar dinasihatkan agar tidak panik dengan bunyi siren tersebut kerana ia merupakan suatu ujian sahaja. MetMalaysia akan memaklumkan jika terdapat sebarang pindaan,”katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Kementerian Kewangan berjaya tingkatkan pendapatan Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular