HomeIsu tempatanPencarian remaja hilang belum dapat sebarang petunjuk

Pencarian remaja hilang belum dapat sebarang petunjuk

Read Time:1 Minute, 3 Second

Kota Kinabalu: Seorang bapa buntu selepas memikirkan keselamatan anak lelakinya, Putra Muhammad Irfan, 19, yang hilang tanpa jejak sejak keluar dari rumah di UUC, Telipok, di sini, pada 14 Mac lalu.

Malah lebih mengejutkan apabila guru kelas pelajar tingkatan enam itu mendakwa, remaja terbabit tidak pernah hadir ke sekolah sejak 11 Mac lalu.

Ruzlee Amirbak, 54, berkata, pelbagai usaha mencari sudah dilakukan namun sehingga kini mereka masih belum dapat sebarang petunjuk keberadaan anak lelakinya itu.

Katanya, satu laporan polis sudah dibuat oleh ibu pelajar berkenaan namun sehingga kini masih belum menerima sebarang maklumat.

“Kami cuba menghubungi telefon bimbitnya tetapi tidak pernah dijawab. Kami sekeluarga buntu dan sudah membuat laporan polis untuk mendapatkan bantuan mencarinya.

“Anak saya seorang yang pendiam dan tidak mempunyai kenalan yang rapat kerana dia tidak bergaul dengan sesiapa,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Ruzlee berkata, kali terakhir anak lelakinya itu dilihat adalah ketika keluar daripada rumah untuk ke sekolahnya di Kolej Tingkatan Enam, Manggatal.

Katanya, sebagai seorang bapa, kebimbangan itu tetap ada dan pelbagai usaha untuk mencari Irfan sudah dilakukan termasuk menghubungi kawan-kawannya tetapi masih menemui jalan buntu.

Sehubungan itu, Ruzlee memohon orang ramai yang mempunyai maklumat atau ada menemui anak lelakinya itu supaya menghubungi balai polis berhampiran atau di talian 010-9662344 atau 014-3959887.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

IMAGO taja lokasi pertandingan Unduk Ngadau Bandaraya Kota Kinabalu

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular