HomePendapatMembasmi Kemiskinan, Usaha Yang Tidak Akan Bernoktah Di Bawah Agenda Sabah Maju...

Membasmi Kemiskinan, Usaha Yang Tidak Akan Bernoktah Di Bawah Agenda Sabah Maju Jaya

Read Time:7 Minute, 24 Second

oleh Wan Azrain Adnan

1.        Pada minggu lepas, ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Semporna di Persidangan Dewan Rakyat, Menteri Ekonomi Malaysia di laporkan berkata bahawa insiden kemiskinan tegar di Sabah adalah enam kali ganda lebih tinggi berbanding dengan kadar nasional.

2.        Beliau menyatakan bahawa kadar kemiskinan tegar di Sabah ialah 1.2%, manakala kadar nasional ialah 0.2% (18,445 isi rumah).

Dalam bahasa mudah, untuk setiap 100 isi rumah di Sabah, 1 adalah miskin tegar.

3.        Tambahan lagi, beliau menyatakan bahawa Laporan Survei Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah 2022 menunjukkan lapan daerah di Sabah memiliki kadar kemiskinan tegar yang jauh lebih tinggi dari kadar nasional: Tongod (5.9%), Beluran (5%), Pitas (4.8%), Kinabatangan (4.6%), Kota Marudu (4%), Tuaran (2.6%), serta Ranau (2.4%) dan Lahad Datu (2.4%).

4.        Secara ringkas-nya, insiden kemiskinan terbahagi kepada dua kategori:

  • Miskin Mutlak/ Absolute Poverty: merujuk kepada pendapatan isi rumah di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK), iaitu RM 2,589 sebulan
  • Miskin Tegar/ Hardcore Poverty: merujuk kepada pendapatan isi rumah di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Makanan, iaitu RM 1,198 sebulan

5.        Kemiskinan Mutlak juga merujuk kepada situasi di mana pendapatan isi rumah tidak mencukupi untuk menampung keperluan asas hidup iaitu – makanan, tempat tinggal dan pakaian. 

6.        Tidak lama dahulu, setelah mengambil kira kos sara hidup yang telah meningkat, Kerajaan Malaysia telah mengemas-kini pentakrifan:

  • Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK): dari RM 2,208 (tahun 2019) kepada RM 2,589 (tahun 2022)
  • PGK Makanan: dari RM 1,169 (2019) kepada RM 1,198 (2022)

7.        Selepas kenyataan Menteri Ekonomi Malaysia tersebut, Ketua Menteri Sabah di laporkan mempertikai data kemiskinan tegar yang di kemukakan di Parlimen. Menurut beliau, data berkenaan berbeza dengan data yang di perolehi oleh Kerajaan Sabah.

8. Pada Ogos 2023, Ketua Menteri Sabah pernah menyatakan bahawa seramai 35,461 golongan miskin tegar di Sabah menerima bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARa), iaitu bantuan dalam bentuk barangan keperluan asas bernilai RM 100 sebulan, untuk tempoh 6 bulan.

9.      Beliau turut menyatakan seramai 799,782 orang di Sabah di berikan bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berjumlah RM 696.3 juta.

10.      Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARa) merupakan inisiatif Kerajaan Malaysia untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.

11.      Malah, menurut data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), pada tahun 2020, Sabah telah merekodkan peratusan kemiskinan mutlak/ absolute poverty yang tertinggi di Malaysia iaitu 25.3%, berbanding dengan peratusan negara (8.4%).

12.      Perbezaan data kemiskinan tersebut menonjolkan kegagalan serta cabaran untuk mengumpul data yang dapat memberikan gambaran menyeluruh yang tepat dan terkini. Ini kerana jumlah kemiskinan senantiasa berubah-ubah, bergantung kepada pendapatan dan kos sara hidup rakyat.

13.      Tanpa data yang tepat dan terkini, sudah pasti ini merumitkan usaha kerajaan untuk mencapai golongan sasaran yang bergelut untuk menjalani kehidupan seharian dengan selesa dan bermaruah.   

14.      Walau apa pun, perbezaan data berkenaan tidak sewajarnya menjejaskan kerjasama di antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Sabah. Sebarang keretakan kerjasama akhirnya boleh memperlahankan agenda membasmi kemiskinan di Sabah, dan seterusnya menghukum rakyat Sabah di dalam penjara kemiskinan.

15.      Hakikatnya, memang ramai rakyat Sabah hidup di dalam penjara kemiskinan. Ini telah berlanjutan untuk jangka masa yang lama, dari generasi ke generasi. Situasi ini amatlah malang, memandangkan Sabah memiliki sumber kekayaan yang banyak, terutamanya: minyak dan gas, perladangan kelapa sawit.

Kesimpulannya: Sabah negeri kaya, tetapi ramai rakyat dilaporkan miskin.

16.      Samada suka ataupun tidak, situasi malang ini berpunca daripada angkara pengkhianatan serta kelemahan kepimpinan Sabah terdahulu, yang telah mencabuli amanat dan harapan rakyat Sabah. Dua perkara utama melibatkan pematuhan Perlembagaan Persekutuan dan Malaysia Agreement 1963 (MA63), dan kelemahan pentabdiran Kerajaan Sabah.

17.      Di bawah Perlembagaan Persekutuan, Kerajaan Malaysia mesti memberi Geran Khas Tahunan kepada Sabah, dengan kadar dua perlima (40%) daripada hasil yang di perolehi oleh Kerajaan Malaysia dari Sabah. Dengan pengiraan mudah, Geran Khas Tahunan ini di anggarkan bernilai berbillion ringgit setahun.

18.      Namun begitu, pembayaran Geran Khas Tahunan ini telah tidak di berikan sepenuhnya kepada Sabah selama lebih 50 tahun, sejak 1973. Ini bermakna hak rakyat Sabah telah di ambil dan di nikmati oleh orang lain.

19.      Pada masa yang sama, kelemahan serta kerakusan kepimpinan Kerajaan Sabah terdahulu juga telah merencatkan agenda pembangunan Sabah. Ketidakcekapan dan salah-urus telah menyebabkan ketirisan dana berlaku, dan masuk ke poket orang-orang yang tidak bertanggungjawab.

20.      Sebagai contoh. Skandal rasuah Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) pada tahun 2016 telah mengejutkan seluruh negara. Serbuan pihak berkuasa telah merampas wang tunai berjumlah melebihi RM 40 juta yang di sembunyikan di pejabat, rumah dan kereta beliau. Ini belum lagi termasuk jam tangan berjenama, barang kemas serta kereta mewah.

Bayangkan, sejumlah RM 13 juta itu di temui di dalam kereta beliau!

21.      Akibatnya, Sabah kini mewarisi pelbagai isu legasi yang sukar untuk di tangani dalam tempoh masa yang singkat. Isu-isu legasi tersebut termasuklah: infrastruktur air dan elektrik yang usang dan tidak mencukupi, infrastruktur jalan-raya yang tidak menyeluruh, infrastruktur sekolah yang daif dan tidak lengkap.
22.      Seterusnya, isu-isu legasi tersebut telah menjadi halangan kepada agenda pembangunan sosio-ekonomi Sabah, dan telah menyebabkan pertumbuhan ekonomi Sabah yang lembap serta kadar pengganguran yang tertinggi di Malaysia.

23.      Berdepan dengan isu legasi berkenaan, sejak mengambil alih kepimpinan pentadbiran Kerajaan Sabah pada September 2020, Ketua Menteri Sabah telah mengariskan agenda pembangunan Sabah dengan melancarkan Pelan Pembangunan Negeri Sabah Maju Jaya 2021 – 2025 (SMJ), pada Mac 2021.

24.      Sehingga kini, Kerajaan Sabah sediada telah berjaya meletakkan landasan yang kukuh untuk melonjakkan agenda pembangunan sosio-ekonomi Sabah. Hasil yang telah berjaya di laporkan termasuklah:

  • Rizab Kewangan yang kukuh:

Pada Mei 2023, Ketua Menteri Sabah menyatakan bahawa Rizab Kewangan atau simpanan tunai Negeri Sabah berjumlah RM 6.78 billion, yang jauh lebih tinggi berbanding dengan negeri-negeri lain di Malaysia.

Perbandingan rizab kewangan: Selangor RM 3.35 billion (tahun 2022), Johor RM 1.38 billion (2021).

  • Belanjawan Tahunan Lebihan:

Kerajaan Sabah telah membentangkan Belanjawan Lebihan/ Surplus Budget untuk empat tahun berturut-turut: 2021, 2022, 2023 dan 2024. Malah Belanjawan 2023 dan 2024 telah melakar sejarah sebagai Belanjawan Sabah terbesar sejak merdeka.

  • Pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan

Setelah melalui fasa pertumbuhan ekonomi yang lembap, Sabah telah mula merekodkan trend pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan: 1.5% (2018), 0.7% (2019), -9.2% (2020), 1.5% (2021), 3.7% (2022), 5% (2023, anggaran).

Manakala, untuk tahun 2024, ekonomi Sabah di unjurkan akan berkembang sekitar 4.0%.

  • Pelaburan yang besar:

Sabah terus merekodkan jumlah pelaburan yang besar dan meningkat: RM 8.6 billion (2021), RM 11.5 billion (2022), RM 10.2 billion (Jan – Sept 2023).

Antara pelaburan besar yang di terima: syarikat SK Nexilis dari Korea Selatan telah melabur sebanyak RM 2.3 billion untuk membina kilang pengeluaran copper foil untuk bateri kenderaan elektrik (EV); dan pembangunan pusat peranginan 5-bintang dengan jumlah pelaburan sebanyak RM 1 billion.

Jumlah pelaburan yang besar telah menyediakan ribuan peluang pekerjaan kepada rakyat Sabah.

  • Perdagangan Luar Negeri yang meningkat tinggi:

Menurut laporan Statistik Perdagangan Luar Negeri Sabah oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), pada tahun 2022, Sabah telah merekodkan jumlah perdagangan tertinggi dalam sejarah, sebanyak RM 118.1 billion, di mana export melebihi import sebanyak RM 36.2 billion.

Malah, jumlah nilai perdagangan Sabah telah menunjukkan trend peningkatan yang pesat: meningkat 35.4% (dari 2021 ke 2022), 9.8% (dari 2020 ke 2021).

  • Pemilikan dan pengurusan aset strategik:

Kerajaan Sabah telah berjaya meningkatkan pemilikan ke atas hasil ekonomi Sabah, serta pengurusan aset strategik di Sabah.

Sehingga kini, Kerajaan Sabah telah mengambil pegangan ekuiti di dalam syarikat PETRONAS yang beroperasi di Sabah, antaranya: memiliki 25% ekuiti di dalam syarikat PETRONAS Chemicals Fertiliser Sabah (PCFSSB), yang mengendalikan kilang urea ke-3 terbesar di rantau Asia Pasifik, dan memindah-milik aset huluan gas PETRONAS kepada Sabah Energy Corporation (SEC).

Pada masa yang sama, kuasa mengawal selia bekalan gas dan elektrik di Sabah telah di pindahkan dari Kerajaan Malaysia kepada Kerajaan Sabah.

25.      Namun begitu, ketika meraikan kejayaan yang telah dapat di hasilkan, pelbagai isu legasi masih perlu di tangani untuk memberi kesejahteraan kepada rakyat Sabah. Usaha ini akan mengambil masa yang lama serta memerlukan dana yang begitu banyak, berbillion-billion ringgit. Justeru itu, pendapatan Kerajaan Sabah terpaksa di sebar-nipis/ spread thin untuk menangani isu-isu legasi berkenaan.

26.      Sebagai contoh. Untuk meningkatkan keupayaan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) bagi menyediakan perkhidmatan bekalan air yang cekap di Sabah, Timbalan Ketua Menteri Sabah menganggarkan dana sejumlah RM 18.3 billion di perlukan.

27.      Perjalanan Sabah menuju ke arah sebuah negeri maju, moden dan berpendapatan tinggi akan mengambil masa yang lama, dan berdepan dengan pelbagai cabaran. Ini termasuklah kestabilan politik dan kehendak politik/ political will untuk menjayakan agenda pembangunan Sabah secara konsisten dan mampan.    

28.      Ekonomi Diperkasa, Rakyat Sejahtera.

RELATED ARTICLES
Utama

Cubaan seludup minuman keras bernilai RM450,000, duti, cukai lebih RM1.9 juta...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya