HomeEkonomiSMJ Pacu Ekonomi Negeri Kembali Ke Landasan Tepat

SMJ Pacu Ekonomi Negeri Kembali Ke Landasan Tepat

Read Time:2 Minute, 44 Second

Oleh Muda Muhammad

Selama 2 tahun 9 bulan, ekonomi negeri Sabah berada dalam keadaan yang suram dan terkeluar daripada landasan sebenar. Kepimpinan kerajaan negeri pada masa itu meletakkan Sabah pada kedudukan yang terendah di antara semua negeri di Malaysia daripada segi pertumbuhan ekonomi.

Pertumbuhan Ekonomi Sabah kembali pulih di bawah kepimpinan Datuk Seri Hajiji

Keadaan berubah, bila kerajaan bertukar dan diambil alih oleh Datuk Seri Hajiji, Ketua Menteri Sabah yang telah memperkenalkan pelan Sabah Maju Jaya (Sabah Maju Jaya). Selepas sahaja dua tahun, impak daripada pelan SMJ ini sudah nampak hasilnya.

Sejumlah 29 MOU, MOA dan perjanjian pajakan tanah ditandatangani oleh Kerajaan Negeri Sabah melibatkan nilai pelaburan keseluruhan sejumlah RM56 billion. Bukan itu sahaja, pelaburan domestik yang dibawa masuk ke Sabah juga tinggi, bernilai RM13.22 billion sepanjang dua tahun perlaksanaan SMJ.

Kutipan hasil negeri pada tahun 2021 telah meningkat kepada RM5.449 bilion, iaitu peningkatan sebanyak 51.74%. Seterusnya pada tahun 2022, hasil negeri yang dikutip mencecah RM6.96 bilion iaitu peningkatan sebanyak 27.75%. Ekonomi negeri Sabah berada kembali di landasan yang betul dan tepat.

Pelaburan SBH Kibing Solar New Materials bernilai RM2 billion di Sabah

Menerusi pelan SMJ, tiga pelaburan besar bernilai RM6.9 bilion telah dibawa masuk ke negeri Sabah. Paling besar adalah syarikat SK Nexilis (M) Sdn. Bhd dari Korea Selatan yang membuat pelaburan bernilai RM4.28 billion. SK Nexilis membina kilang kerajang tembaga di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP).

Kedua, pelaburan daripada syarikat SBH Kibing Solar New Materials (M) Sdn. Bhd. Bernilai RM2 billion. SBH Kibing akan membina kilang pembuatan kaca panel solar dan pemprosesan pasir. Ketiga, pelaburan daripada syarikat Linaco Group di daerah Paitan yang bernilai RM620 juta.

Ketiga-tiga pelaburan ini secara keseluruhannya menyediakan sebanyak 12,750 peluang pekerjaan kepada rakyat negeri Sabah. Ini satu usaha yang baik dan tepat dilakukan oleh kerajaan negeri Sabah bagi meletakkan semula ekonomi Sabah pada kedudukan yang tepat dan betul.

Beza orang yang benar-benar bekerja dengan mereka yang suka memakai poster diri sendiri bila datang musim berkempen. Kerajaan Negeri Sabah di bawah kepimpinan Datuk Seri Hajiji juga telah berjaya memuktamadkan satu lagi pencapaian berimpak tinggi bila termetrainya Perjanjian Kerjasama Komersil (Commercial Collaboration Agreement, CCA) dengan syarikat minyak dan gas negara, Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS).

Kolaborasi ini dijalinkan atas prinsip Greater Say, Greater Participation, Greater Revenue. Melalui kolaborasi ini, negeri Sabah akan mendapatkan perkongsian hasil berkaitan minyak dan gas yang lebih besar (greater revenue sharing), penyertaan dan penguasaan yang lebih besar dalam hal-hal minyak dan gas (greater participation and greater say), di bawah satu (1) rangka kerja perundingan (consultative framework) komersial bersama dengan PETRONAS sambal memastikan negeri Sabah mengekalkan hak perundangannya selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963.

Semua pelaburan yang dibawa ini telah membuka ruang dan peluang kepada 5,381 pekerjaan baharu kepada rakyat negeri Sabah. Sudah tentu bila rakyat Sabah ada pekerjaan dan pendapatan, ianya akan menyumbang kepada kesejahteraaan dan kebahagiaan isi rumah seluruh rakyat Sabah.

SMJ adalah pelan ekonomi yang baik bukan setakat untuk dua atau tiga tahun sahaja. SMJ perlu diteruskan bagi jangka masa yang lebih panjang demi kemakmuran ekonomi negeri Sabah.

Cukup-cukuplah membuat percaturan untuk menukar-nukar kepimpinan atas dasar emosi semata-mata. Jika datang yang baharu, belum tentu lagi bagaimana. Elok dikekalkan kerajaan sedia ada dengan diteruskan dasar-dasar yang baik yang sedang dilaksanakan sekarang.

RELATED ARTICLES
Pendapat

Anak Sabah akan dilengkapi dengan kemahiran TVET, mampu bersaing dalam pasaran...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya