HomeIsu tempatanPupuk budaya cinta, tadabbur Al-Quran

Pupuk budaya cinta, tadabbur Al-Quran

Read Time:1 Minute, 4 Second

Kota Kinabalu:  Pelbagai inisiatif perlu dilaksanakan dalam usaha memupuk budaya mencintai, membaca dan mentadabbur Al-Quran.

Yang DiPertua Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat Sabah (MUTIARA-GRS)  Datuk Juliah Salag berkata, pada situasi dunia yang semakin mencabar setiap individu perlu memperkukuhkan kefahaman dan penghayatan terhadap Al-Quran untuk dijadikan sebagai amalan dalam kehidupan.

“Bagi mereka yang belum pandai membaca Al-Quran berusahalah untuk mencari ustaz atau ustazah yang boleh mengajar kita mengaji walau di peringkat Muqaddam.

“Semoga peristiwa Nuzul Al-Quran yang disambut hari ini dapat mengingatkan kita supaya menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup,” katanya semasa merasmikan Istiqbal Nuzul Al-Quran dan Program Anjung Mutiara 1445H/2024M di di Dewan Sa’adah Wisma MUIS.

Selepas majlis tersebut, Juliah turut melawat Pusat Rawatan Dialisis (MUIS-NKF) yang diiringi oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif di sini, semalam. 

Hadir sama, Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Datuk Seri Yahya Hussin, Timbalan Yang Dipertua MUIS, Datuk Malai Ali Malai Ahmad dan Pengerusi Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah, Datuk Dr Omar Raisul As-Salam Syah Sulaiman Omar.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Lebih 2,000 pengunjung imarahkan Konvensyen Al-Quran

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya