HomeUtamaKPT hargai inisiatif Kerajaan Sabah laksana bantuan subsidi tiket penerbangan

KPT hargai inisiatif Kerajaan Sabah laksana bantuan subsidi tiket penerbangan

Read Time:1 Minute, 58 Second

Kota Kinabalu : Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menghargai inisiatif Kerajaan negeri dalam pelaksanaan bantuan subsidi tiket penerbangan sebanyak RM600 kepada semua pelajar Sabah yang belajar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta di Semenanjung, Sarawak dan Labuan.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mustapha Sakmud berkata, bantuan yang disalurkan secara sekali bayar itu dilihat mampu memudahkan pelajar Sabah untuk balik ke negeri ini pada bila-bila masa.

“Buat masa ini saya tidak ada bilangan khusus tapi saya mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Sabah yang telah memberi bantuan subsidi kepada pelajar-pelajar Sabah yang dibayar sekali bayar sebanyak RM600.

“Sudah tentu ini akan memudahkan lagi pelajar-pelajar kita balik, saya difahamkan bukan setakat raya tetapi boleh digunakan sepanjang tahun, itu yang saya dimaklumkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Semarak KPT bersama Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sabah dan pengamal media di sini semalam.

Mustapha berkata, pelaksanaan inisiatif itu juga diharap akan dapat meringankan beban pelajar khususnya yang berada di Semenanjung.

Isnin lalu, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan peruntukan sebanyak RM10 juta untuk bantuan subsidi tiket penerbangan kepada semua pelajar Sabah yang belajar di IPT awam dan swasta di Semenanjung, Sarawak dan Labuan.

Bantuan sekali bayat sebanyak RM600 seorang itu adalah dana daripada peruntukan khas Ketua Menteri.

“Bantuan khas ini boleh digunakan pada bila-bila masa untuk pulang ke Sabah,” katanya.

Dalam pada itu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, bantuan subsidi tiket penerbangan itu dijangka akan mula disalurkan minggu hadapan.

Katanya, pembayaran sekali bayar itu akan disalurkan terus ke dalam akaun pelajar yang akan diselaraskan melalui agensi tajaan pelajar masing-masing.

Bagaimanapun katanya, bagi pelajar yang tidak mempunyai tajaan agensi berkaitan, pembayaran bantuan subsidi itu akan diselaraskan oleh Pejabat Tugas-Tugas Khas (PTTK) selepas mendapat pengesahan dari universiti atau kolej berkenaan.

“Berikutan pengumuman Ketua Menteri berhubung subsidi tiket penerbangan sebanyak RM600 seorang, pembayaran akan dibayar melalui akaun bank pelajar yang akan diselaraskan oleh agensi penaja yang berkaitan.

“Ini bermaksud, jika pelajar itu ditaja oleh Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), pembayaran akan dibayar terus kepada pelajar berkenaan dan jika ia mendapat biasiswa Kerajaan negeri, bayaran akan disalurkan oleh Kerajaan negeri.

“Jika pelajar itu tajaan Yayasan Sabah, peruntukan yang disalurkan melalui Jabatan Ketua Menteri (JKM) itu akan diselaraskan Yayasan Sabah dan pembayaran juga akan terus dibuat ke akaun pelajar yang ditaja,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO KPT

RELATED ARTICLES
Utama

Filem “Linundus Do Koubasanan” menyingkap mesej perpaduan di sebalik kemeriahan Kaamatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular