HomeUtamaTangguh aktiviti luar kelas - Raisin

Tangguh aktiviti luar kelas – Raisin

Read Time:1 Minute, 28 Second

Kota Kinabalu : Semua aktiviti di luar bilik darjah perlu ditangguhkan buat sementara waktu berikutan cuaca panas yang melanda negara selain keadaan berjerebu di beberapa buah kawasan di negeri ini.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Datuk Raisin Saidin berkata, ibu bapa juga dinasihatkan untuk sentiasa memastikan tahap kesihatan berada pada tahap terbaik.

Katanya, pihak sekolah juga sentiasa memastikan tahap kebajikan anak-anak murid sentiasa dijaga oleh pihak pengurusan sekolah.

“Kita mempunyai garis panduan untuk menangani atau berdepan dengan isu seperti ini (cuaca panas dan jerebu).  Saya harap supaya sekolah dapat merujuk dan guna garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

“Selain itu, pihak sekolah juga diingatkan untuk sentiasa merujuk kepada laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dan nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Saya juga mahu mengingatkan supaya aktiviti-aktiviti yang diadakan di luar bilik darjah dielakkan sama sekali pada ketika ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Semarah Kasih Ramadan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) Sabah di sini semalam.

Majlis itu turut dihadiri Pembantu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Harun Durabi.

Raisin berkata, sekolah yang merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) khususnya ketika jerebu pada tahap tidak sihat atau bahaya boleh menutup pengoperasian sekolah berdasarkan garis panduan yang ditetapkan.

“Ya, berdasarkan kepada status semasa sekiranya tahap IPU itu mencapai tahap yang menyebabkan keadaan tidak memberikan respon kesihatan yang tidak baik kepada anak murid, maka sekolah akan ditutup,” katanya.

Ketika ditanya sama ada terdapat sekolah yang ditutup, Raisin berkata, pada masa ini terdapat beberapa sekolah yang telah ditutup berikutan tahap bacaan IPU yang berbahaya berikutan kebakaran tapak pelupusan sampah di Kayu Madang minggu lalu.

“Ada beberapa buah sekolah telah ditutup di Tuaran, ini adalah berikutan insiden kebakaran yang berlaku di Kayu Madang,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

MUIS, JHEAINS digesa bincang, kajian bina kuarters

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular