HomeUtamaLelaki warga Israel bersama 6 senjata api ditahan di KL

Lelaki warga Israel bersama 6 senjata api ditahan di KL

Read Time:1 Minute, 21 Second

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Israel berusia 36 tahun ditahan di sebuah hotel di Jalan Ampang dengan polis merampas enam senjata api bersama 200 butir peluru.

Ketua Polis Negara Razarudin Husain, berkata suspek itu mendakwa menyasarkan seorang lagi rakyat Israel atas alasan pertelingkahan keluarga.

Bagaimanapun, polis masih menjalankan siasatan lanjut.

Susulan penahanan itu, polis meningkatkan keselamatan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan orang kenamaan lain, di tengah-tengah sokongan tidak berbelah bahagi negara ke atas Palestin terhadap serangan berterusan Israel di Gaza.

“Kebimbangan kita berdasarkan isu Palestin-Israel, kita juga waspada terutama keselamatan perdana menteri dan Yang di-Pertuan Agong dan pegawai-pegawai, orang kenamaan yang kita perlu ambil kira,” katanya dalam sidang media di Masjid Al-Amin Pasukan Gerakan Am (PGA) hari ini

Razarudin juga tidak menolak kemungkinan suspek mempunyai “agenda lain”.

Siasatan polis juga menumpukan kepada sama ada suspek benar-benar ejen Israel kerana dia dipercayai tidak beroperasi bersendirian.

Razarudin berkata suspek mendakwa membeli semua senjata api melibatkan pelbagai model termasuk Sig Sauer, Glock-27, dan Smith and Wesson, kesemua transaksi menggunakan mata wang kripto ketika di Malaysia.

Polis masih menyiasat pihak menjual senjata dan bagaimana ia diseludup ke Malaysia.

Razarudin berkata, siasatan mendapati lelaki itu masuk ke negara ini menggunakan pasport Perancis dan ketika disoal lanjut, dia menyerahkan pasport Israel.

“Kita dapati suspek mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12 Mac dari Emiriah Arab Bersatu. Dia mendakwa sedang mencari seorang lelaki Israel, yang dikatakan untuk dibunuh kerana pertelingkahan keluarga,” katanya.

Razarudin berkata, lelaki Israel itu menginap di tiga hotel berasingan sebelum ditahan.

Lelaki berkenaan direman sehingga 31 Mac.

RELATED ARTICLES
Utama

Kerjasama SPSB, DPW menjadikan Sabah sebagai hab transhipment

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya