HomeIsu tempatanOperasi bazar Ramadan di Sabah baik,terkawal

Operasi bazar Ramadan di Sabah baik,terkawal

Read Time:51 Second

Kota Kinabalu : Operasi bazar Ramadan di negeri ini berada dalam keadaan baik dan terkawal berikutan pemantauan berterusan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh Sabah.

Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Isnin Aliasneh berkata, para peniaga juga turut mematuhi syarat yang ditetapkan pihak berkuasa.

“Setakat ini, pemantauan oleh PBT menunjukkan keadaan bazar di seluruh negeri beroperasi dengan baik dan para peniaga mematuhi syarat-syarat yang digariskan oleh PBT.

“Ia merangkumi aspek kebersihan, kepelbagaian dan kualiti makanan yang dijual berada pada tahap yang baik dan sangat memuaskan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Tadarus Al-Quran dan Berbuka Puasa KKTP di Wisma Innoprise di sini.

Isnin berkata, meskipun terkawal, pihaknya melihat bilangan pengunjung agak kurang berikutan situasi ekonomi yang tidak menentu.

Katanya, para peniaga bazar juga disarankan untuk menetapkan harga barangan pada kadar berpatutan bagi menarik lebih ramai pengunjung hadir.

“Kita juga turut menyantuni kakitangan kita dengan berbagi rezeki berupa beras kepada 37 penerima sempena Ramadan selain akan mengeratkan lagi hubungan di kalangan kakitangan jabatan kita,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Petugas Tabung Darah digesa tingkat kemahiran, pengetahuan demi keselamatan pesakit

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular