HomeIsu tempatanPasukan MFL U23, Sabah FC anjur Program Berbuka Puasa, erat silaturrahim

Pasukan MFL U23, Sabah FC anjur Program Berbuka Puasa, erat silaturrahim

Read Time:1 Minute, 17 Second

KOTA KINABALU: Pasukan Liga Bola Sepak Malaysia di bawah 23 tahun (MFL U23), Sabah FC buat julung kalinya telah mengadakan Program Berbuka Puasa sempena Ramadan di sini, baru-baru ini.

Program Berbuka Puasa itu meriah dengan kehadiran kakitangan pengurusan, ketua jurulatih, jurulatih dan kakitangan teknikal bersama-sama meraikan para pemain negeri di bawah 23 tahun.

Pengurus Pasukan MFL U23, Sabah FC, Datuk Abdul Kassim Razali berkata, ini merupakan satu program penuh makna, dapat berkumpul dalam satu pasukan dan mengeratkan lagi silaturahim antara semua yang hadir, sekaligus meningkatkan lagi keserasian kalangan pemain dan kumpulan pengurusan.

“Ianya satu peluang keemasaan, apabila dapat berkumpul bersama para pemain dan pasukan pengurusan di bulan Ramadan mulia tahun ini, salam Ramadan kepada semua, juga turut diraikan rakan bukan Islam.

“Setelah bertungkus-lumus menjalankan sesi demi sesi latihan bagi menghadapi musim perlawanan yang akan datang, program berbuka puasa bersama kali ini juga sebagai penghargaan buat mereka,” katanya ketika menyampaikan ucapan ringkas pada majlis tersebut.

Pada masa sama, Abdul Kassim dalam ucapannya turut menzahirkan, segala permasalahan yang timbul, perlu diselesaikan secara berhemah, ukhuwah dan muafakat.

Teks ucapan beliau disampaikan Timbalan Pengurus 1, Datuk George Teo An Lun.

Majlis turut dhadiri Timbalan Pengurus II, Razali Saini.

Dalam pada itu, Abdul Kassim turut menyeru agar setiap pemain dalam Pasukan MFL U23, Sabah FC akan terus bekerja keras agar dapat meraih kemenangan dalam perlawanan akan datang.

Tambahnya, setiap pemain khususnya, perlu fokus dan berusaha untuk mencapai kejayaan, disamping mempunyai disiplin yang tinggi.

Selaku Pengurus Pasukan, beliau turut menyampaikan sumbangan peribadi kepada semua yang hadir pada majlis itu.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

20 anak yatim Rumah Amal Kasih Kingfisher terima sumbangan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya