MUTIARA GRS santuni anak-anak yatim di SICC

Isteri Ketua Menteri, Datin Seri Juliah Salag yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim sempena Program Cahaya Kasih Mutiara dan Majlis Buka Puasa bersama anak-anak yatim di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, pada Isnin.