HomeUtamaKad Digital Mualaf bakal dilancarkan

Kad Digital Mualaf bakal dilancarkan

Read Time:1 Minute, 49 Second

Membakut:  Kad Digital Mualaf akan dilancarkan dalam masa terdekat bagi memudahkan urusan golongan yang memeluk Islam dapat kad pengislaman dengan cepat dan selamat.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, menerusi pelaksanaan inisiatif itu, identity mualaf di Sabah dapat direkodkan dalam pangkalan data jabatan terbabit.

“Berbanding sebelum ini pendaftaran adalah secara manual dan terpaksa menunggu tempoh tertentu untuk dapatkan kad pengislaman. Selain itu, antara kelebihan kad pengislaman digital ini adalah soal keselamatan dan memudahkan pihak jabatan menyemak status para mualaf secara pantas. 

“Sebagai contoh, sekiranya berlaku kemalangan yang melibatkan kematian dan mudah-mudahan kad ini akan memberi manfaat besar kepada golongan mualaf di Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Semarak Ramadan bersama Muallaf DUN Membakut Kali Ke-15 di Dewan Sri Wawasan Kg Pimping di sini.

Semasa menyampaikan amanatnya, Mohd Arifin menekankan keharmonian dan menggesa golongan mualaf  agar terus mengekalkan silaturahim dengan keluarga meski berbeza agama.

“Saya menekankan tadi memilih Islam tidak memilih untuk berpisah dengan keluarga yang bukan Islam,” katanya.

Majlis kali ke-15 itu bertujuan untuk memberi pendedahan tentang ilmu serta hukum hakam melalui dua ceramah, menyampaikankan Bingkisan Syawal kepada 590 mualaf dari seluruh kawasan DUN Membakut serta merapatkan silaturahim dengan golongan terbabit.

Antara yang hadir ialah Pengarah JHEAINS Jumain Abdul Ghani dan Timbalan Yang di-Pertua MUIS Datuk Malai Ali Malai Ahmad.

Terdahulu, Mohd Arifin menyampaikan zakat kepada 150 murid di Sekolah Kebangsaan Pekan Bongawan dan berharap sumbanagn tersebut dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh para murid.

Ketua Pelajar, Nurrahdatul Arissa Mohd Rasdi, Tahun 6 Kenari yang ditemui memaklumkan wang RM200 yang diterimanya itu akan dimanfaatkan sepenuhnya terutama untuk membeli buku serta peralatan sekolah selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti.

“Wang ini memang untuk membeli buku-buku dan keperluan sekolah selepas Hari Raya nanti,” katanya.

Berbeza dengan Pelajar Tahun 2 Kembara, Zulkhairil Izam, 8, anak bongsu yang sempat berseloroh, namun akhirnya menyatakan wang zakat itu akan digunakan untuk membeli buku.

“Untuk buka puasa petang ni sama mama, bapa, kakak, abang….tidak bah, untuk beli buku,” katanya sambil ketawa sambil ditemani ibunya, Eliza Nur Syafika Abdullah dari Kg Silat, Bongawan.

RELATED ARTICLES
Utama

KPKM komited teroka peluang baharu tingkat penyertaan belia dalam bidang pertanian

Bangunan Kerajaan Sabah Pentadbiran Sabah Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular