HomeIsu tempatanPBNS santuni 102 anak yatim,OKU dan asnaf dalam program 'Shopping Raya'

PBNS santuni 102 anak yatim,OKU dan asnaf dalam program ‘Shopping Raya’

Read Time:1 Minute, 0 Second

Sandakan : Seramai 102 orang anak yatim, Orang Kurang Upaya (OKU) dan golongan asnaf dari Rancangan Sungai Manila Batu 12 Sandakan diraikan dalam satu program ‘Shopping Raya’ dan berbuka puasa di sini semalam.

Program anjuran Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah (PBNS) dengan kerjasama Kelab Generasi Alam Sekitar Sabah (GEAS) itu turut dihadiri Timbalan Pengerusi PBNS Ag Syairin Ag Bakar.

Ag Syairin berkata, Sandakan merupakan lokasi pertama bagi pelaksanaan program berkenaan setakat ini.

“Setakat ini, program ini hanya diadakan di Sandakan sahaja setakat ini. 

“Namun bagi bantuan-bantuan lain seperti sumbangan tunai untuk golongan yang memerlukan kita telah laksanakan di beberapa daerah di Sabah,” katanya.

Beliau berkata, antara objektif pelaksanaan program itu adalah bagi berkongsi kegembiraan Aidilfitri bersama anak-anak yatim, Rumah Selawat Nabi dan Orang-Orang Buta Taman Cahaya, Sandakan. 

Tambahnya lagi, program itu juga dapat meringankan lagi beban golongan yang memerlukan untuk membuat persiapan Aidilfitri

“Selain itu, ini juga adalah bagi  memanfaatkan hasil terimaan Fidyah dan Kumpulan Wang Amal Jariah (KWAJ),” katanya.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif PBNS Ismail Mohd Adnan, Pengerusi Jawatankuasa Biro Beliawanis Kelab Generasi Alam Sekitar Sabah (GEAS) Noorashiffah Abdul Lamit, pegawai PBNS Muhammad Zulfiqri Mohd Jaya dan Azhan Ashrafhan Adnan. – SABAH MEDIA / FOTO PBNS

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Kursus Pertanian Fertigasi perkenal sistem penanaman moden, tingkat pendapatan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular