HomeUtamaPermohonan bantuan subsidi tiket penerbangan pelajar Sabah mula dibuka

Permohonan bantuan subsidi tiket penerbangan pelajar Sabah mula dibuka

Read Time:1 Minute, 28 Second

Kota Kinabalu : Bantuan subsidi tiket penerbangan pelajar Sabah yang sedang menuntut di Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/S) di Semenanjung, Sarawak dan Labuan kini boleh mula membuat permohonan melalui atas talian.

Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri menerusi satu hantaran di Facebook memaklumkan permohonan itu hanya melibatkan pelajar yang tidak menerima tajaan pengajian dari Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS), Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) dan Yayasan Sabah (YS).

“Permohonan akan mula dibuka kepada pelajar-pelajar Sabah yang sedang menuntut di IPTA/S di Semenanjung, Sarawak dan Labuan, yang mana tidak menerima tajaan pengajian dari BKNS, MUIS dan Yayasan Sabah sahaja.

“Permohonan boleh dibuat melalui pautan https://subfly.sabah.gov.my dan tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan,” menurut kenyataan itu di sini.

Sebelum ini Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, bantuan subsidi itu akan mula disalurkan bermula minggu ini.

Katanya, pembayaran sekali bayar itu akan disalurkan terus ke dalam akaun pelajar yang akan diselaraskan melalui agensi tajaan pelajar masing-masing.

Bagaimanapun katanya, bagi pelajar yang tidak mempunyai tajaan agensi berkaitan, pembayaran bantuan subsidi itu akan diselaraskan oleh Pejabat Tugas-Tugas Khas (PTTK) selepas mendapat pengesahan dari universiti atau kolej berkenaan.

“Berikutan pengumuman Ketua Menteri berhubung subsidi tiket penerbangan sebanyak RM600 seorang, pembayaran akan dibayar melalui akaun bank pelajar yang akan diselaraskan oleh agensi penaja yang berkaitan.

“Ini bermaksud, jika pelajar itu ditaja oleh Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), pembayaran akan dibayar terus kepada pelajar berkenaan dan jika ia mendapat biasiswa Kerajaan negeri, bayaran akan disalurkan oleh Kerajaan negeri.

“Jika pelajar itu tajaan Yayasan Sabah, peruntukan yang disalurkan melalui Jabatan Ketua Menteri (JKM) itu akan diselaraskan Yayasan Sabah dan pembayaran juga akan terus dibuat ke akaun pelajar yang ditaja,” katanya. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Majlis Perniagaan AS-ASEAN bincang peluang perniagaan di Sabah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular