HomeUtamaDua anggota Maritim Malaysia cedera terkena tembakan

Dua anggota Maritim Malaysia cedera terkena tembakan

Read Time:1 Minute, 26 Second

Lahad Datu: Dua anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) cedera ditembak ketika sedang melakukan pemeriksaan dalam rondaan Op Khas Pagar Laut di perairan Kunak kira-kira jam 8.40 pagi tadi.

Pengarah Zon Maritim Lahad Datu, Komander Maritim Ts. Dr. Suzanna Razali Chan berkata, berdasarkan laporan awal, seramai tiga orang suspek bersenjatakan pistol telah melepaskan empat das tembakan ke arah Bot Banggi 48.

Peta lokasi kejadian

Katanya, bot berkenaan cuba menghampiri sebuah bot enjin sangkut berwarna biru yang dinaiki suspek untuk tindakan pemeriksaan di kedudukan 0.2 batu nautika timur laut Kampung Pangi, Kunak.

“Apabila pasukan peronda cuba menghampiri, suspek telah bertindak melepaskan tembakan bagi mengelakkan daripada anggota bot peronda Maritim Malaysia menghampiri mereka. Suspek kemudiannya berjaya melepaskan diri dengan membawa bot tersebut.

“Berikutan kejadian itu, Maritim Malaysia telah mengatur gerakkan Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat, pesawat udara dan Bahagian Perisikan Maritim ke lokasi terbabit bagi menyiasat kes ini dan mengesan kesemua suspek terlibat.

Dr. Suzanna (kiri) bersama Komander ESSCOM Datuk Victor Sanjos (tengah) ketika bertemu salah seorang anggota Bot Banggi 48 yang terlibat di Hospital Kunak

“Selain itu, Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) turut sama ke lokasi kejadian dan terlibat dalam siasatan kes ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mangsa terbabit ialah Bintara Muda Maritim Zainal Abad Komel,45, yang juga ketua bot Banggi 48 cedera di mata kiri manakala seorang lagi kru bot yang sama, Laskar Kanan Maritim Prayrie De Cuella Jimin,35, cedera di kedua-dua belah tangan ketika sedang bergelut membalas tembakan dengan pihak penjenayah.

Manakala, empat lagi anggota penguat kuasa tidak mengalami sebarang kecederaan.

Dalam pada itu, kedua-dua anggota Maritim Malaysia yang cedera telah dibawa ke Hospital Kunak bagi diberikan rawatan segera.  – SABAH MEDIA / FOTO MARITIM MALAYSIA

RELATED ARTICLES
Utama

KKDW peruntukkan RM2.4 juta untuk baiki saluran paip di Sepanggar

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular