HomeIsu tempatan170 KIR di Kg Salimpodon Laut disantuni sempena Aidilfitri

170 KIR di Kg Salimpodon Laut disantuni sempena Aidilfitri

Read Time:57 Second

Pitas: Seramai 170 Ketua Isi Rumah (KIR) di Kampung Salimpodon Laut di sini menerima sumbangan sebagai persediaan bagi menyambut hari raya yang bakal menjelang tiba.

Sumbangan itu disampaikan Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pitas, Datuk Seri Ruddy Awah.

Selain itu, beliau turut menyampaikan 15 set kelengkapan kain kafan kepada Masjid Salimpodon Laut untuk simpanan bagi persediaan keperluan-keperluan mendesak.

“Diharapkan, sumbangan tidak seberapa ini akan menggembirakan dan mampu meringankan sedikit beban mereka membuat persediaan menyambut hari raya yang akan tiba tidak lama lagi.

“Sebagai wakil rakyat yang lahir disini, menjadi tanggungjawab saya menyantuni dan mendengar permasalahan rakyat untuk kita bantu, selaras dengan saranan Ketua Menteri yang mahukan setiap wakil rakyat turun padang berjumpa dan santuni rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media dalam program Berbuka Puasa, Penyampaian Bakul Makanan dan Set Lengkap Kain Kafan disini.

Sepanjang Ramadan, Ruddy telah menghadiri 12 tempat sekitar Pitas bertemu rakyat untuk berbuka puasa selain memberi bantuan dan merapatkan hubungan silaturrahim bersama rakyat.

Turut hadir, Penolong Pegawai Daerah Perpaduan Daerah Kota Marudu dan Pitas, Mohd Fazri Basri dan Pengerusi Masjid Kg, Salimpodon Laut, Misbah Madarun.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

PKK Biz @ Akademia catat lebih RM20,000 nilai jualan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular