HomeIsu tempatanKYS santuni 30 asnaf di Kampung Payas-Payas

KYS santuni 30 asnaf di Kampung Payas-Payas

Read Time:38 Second

Kota Belud : Seramai 30 asnaf sekitar Kampung Payas-Payas disantuni Kumpulan Yayasan Sabah (KYS) menerusi Pejabat Yayasan Sabah Zon Pantai Barat Utara (ZPBU) dalam satu majlis berbuka puasa bersama masyarakat di sini baru-baru ini.

Majlis yang diadakan dengan kerjasama Jawatankuasa Masjid Al-Amin itu turut dihadiri Pengerusi Tanjung Aru Eco Development (TAED) Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Ketua Penyelaras Pentadbiran Zon KYS Zulkhairi Ismail.

Pada majlis itu, turut diadakan perkongsian ilmu agama menerusi tazkirah yang telah disampaikan Al-Fadhil Ustaz Daiman Salalah mengenai nilai-nilai dan hikmah Ramadan.

Seramai 150 orang penduduk Kampung Payas-Payas telah hadir dalam majlis yang bukan sahaja menjadi platform untuk mempererat silaturahim di antara masyarakat setempat, malah turut menjadi wadah bagi pembangunan sosiobudaya komuniti. – SABAH MEDIA / FOTO KYS

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Cubaan tangkap ikan guna bahan letupan berjaya digagalkan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular