HomeUtamaLelaki Israel mengaku tak salah perdagang 6 pistol, miliki 158 peluru

Lelaki Israel mengaku tak salah perdagang 6 pistol, miliki 158 peluru

Read Time:1 Minute, 33 Second

KUALA LUMPUR: Seorang warga Israel mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan memperdagangkan enam pucuk pistol ke Malaysia dan memiliki 158 butir peluru.

Shalom Avitan didakwa mengikut Seksyen 7 (1) Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 kerana memperdagangkan pistol dan Seksyen 8 Akta Senjata kerana memiliki peluru.

Senjata api yang dinyatakan dalam pertuduhannya ialah Glock 19 USA, Sig Sauer P320SP, Cougar 8000 FT, Glock 17 Gen4 Austria 9×19, N&P 9C Smith & Wesson Spring Field MA USA serta Stoeger Cougar 8000F lapot Portal FMT.

Manakala peluru didakwa dalam pemilikannya ialah sekotak Shell Shock NAS3 9mm (lapan butir peluru) dan tiga kotak Bullet Master Co Ltd (150 butir peluru).

Lelaki itu didakwa melakukan kesalahan berkenaan di sebuah hotel di Jalan Ampang, di sini, antara 26 dan 28 Mac lalu.

Jika didapati bersalah mengedar senjata api, Avitan boleh dihukum penjara antara 30 dan 40 tahun serta maksimum enam sebatan.

Hukuman maksimum memiliki peluru ialah penjara tujuh tahun, denda tidak lebih RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Hakim Tasnim Abu Bakar tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan sebutan semula kes pada 21 Mei ini.

Peguam Jeffrey Ooi dan Navinjit Singh mewakili Avitan, manakala pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Mustafa P Kunyalam.

Isnin lalu, sepasang suami isteri yang disyaki membekalkan senjata api kepada Avitan, didakwa di Mahkamah Sesyen Klang atas dakwaan memiliki pistol 9mm.

Syarifah Faraha Syed Husin didakwa memiliki pistol itu, manakala suaminya, Abdul Azim Yasin didakwa bersama wanita itu, yang menimbulkan anggapan munasabah dia mengetahui isterinya memiliki pistol berkenaan.

Ketua Polis Negara, Razarudin Husain dilaporkan berkata, Avitan memasuki Malaysia menggunakan pasport Perancis, tetapi apabila ditekan lebih lanjut oleh polis, menyerahkan pasport Israelnya.

Hasil siasatan awal mendapati suspek yang turut memegang pasport Israel itu, mendakwa dia ke Malaysia untuk membunuh Eran Haya, yang dikatakan ketua kumpulan jenayah saingan yang juga dalam tahanan polis Malaysia.

RELATED ARTICLES
Utama

Kerajaan Semak Semula Arahan MKN No 20 Untuk Mantapkan Mekanisme Pengurusan...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya