HomeEkonomiKuala Lumpur Melonjak 16 Anak Tangga Ke Kedudukan Ke-73 Bandar Raya Paling...

Kuala Lumpur Melonjak 16 Anak Tangga Ke Kedudukan Ke-73 Bandar Raya Paling Pintar Di Dunia

Read Time:1 Minute, 15 Second

BERNAMA

KUALA LUMPUR — Kuala Lumpur (KL) melonjak 16 anak tangga untuk berada di kedudukan ke-73 dalam senarai bandar raya terpintar di dunia daripada kalangan 142 bandar raya, demikian menurut Indeks Bandar Pintar (SCI) 2024 yang dikeluarkan oleh Institute for Management Development (IMD) baru-baru ini.

Tahun lepas KL berada di kedudukan ke-89.

Laporan itu mengetengahkan beberapa prestasi KL yang membanggakan, termasuk kemudahan pembelian tiket dalam talian dan kebolehcapaian penyenaraian pekerjaan dalam talian yang memudahkan untuk mencari kerja.

Laporan itu turut memuji struktur kesihatan dan keselamatan di ibu kota, seperti “mengatur temu janji perubatan dalam talian yang menambah baik akses”, dan struktur mobiliti seperti “penjadualan dalam talian dan jualan tiket telah menjadikan pengangkutan awam lebih mudah untuk digunakan”.

Bagaimanapun, laporan itu mendapati kesesakan lalu lintas, rasuah, pencemaran udara dan rumah mampu milik adalah antara isu paling membimbangkan di KL.

Presiden Smart City Observatory Bruno Lanvin berkata sesebuah bandar raya perlu merangka dan mengguna pakai strategi untuk bertahan dengan ujian ketidaktentuan pada masa depan. 

Beliau juga berkata kepercayaan dan tadbir urus yang baik menjadi semakin penting, dan penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam reka bentuk dan pengurusan bandar dijangka meningkat.

“Walaupun ia mungkin kedengaran tidak intuitif, AI boleh membantu menginsankan bandar menjadi lebih mementingkan manusia,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di laman web IMD.

Zurich mengekalkan kedudukan teratasnya bagi edisi kelima berturut-turut laporan SCI pada 2024, diikuti Oslo, Canberra, Geneva dan Singapura

RELATED ARTICLES
Utama

Hajiji terima kunjungan hormat Penasihat Komuniti Puisi Esei Asean Denny JA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular

Recent Comments

Marianah Haji Mohd. Akil on Ibu Ebi AF5 Meninggal Dunia
Just ada kaitan with gui family on Bermula Jual Aiskrim Kini Bergelar Usahawan Berjaya