HomeIsu tempatanManfaatkan majlis rumah terbuka sebagai ruang istimewa bersama keluarga

Manfaatkan majlis rumah terbuka sebagai ruang istimewa bersama keluarga

Read Time:1 Minute, 7 Second

Tamparuli: Masyarakat disaran untuk terus memanfaatkan majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri sebagai ruang istimewa untuk saling berkumpul bersama keluarga dan teman-teman. 

Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Jahid Jahim berkata, amalan saling kunjung-mengunjungi merupakan satu tradisi yang telah menjadi ciri khas keluarga, tetangga, dan sahabat setiap kali menjelang Aidilfitri dan perayaan lain yang ada di negeri ini.

“Ambillah masa dan peluang ini untuk mengeratkan hubungan silaturrahim sesama ahli keluarga, tetangga, dan sahabat, agar kita dapat menghabiskan masa bersama-sama, berkongsi cerita, dan memperdalam ikatan yang telah terjalin,” katanya.

Beliau menyatakan demikian semasa menghadiri Majlis Hari Raya Terbuka keluarga Pegawai Kemajuan Masyarakat (CDO) Tamparuli, Gustin Gagah di Kampung Suang Bangau Tenghilan di sini.

Jahid berkata, tradisi kunjung-mengunjungi semasa Hari Raya dapat memupuk nilai-nilai keharmonian dan toleransi dalam suasana yang penuh dengan kegembiraan dan keberkatan.

“Kunjungan ini menjadi peluang untuk melupakan segala perbezaan dan memperkuat persaudaraan antara individu dari latar belakang dan kepercayaan yang berbeza-beza, selain memberi peluang untuk saling bertukar cerita dan pengalaman.

“Seharusnya kita jadikan kunjungan semasa Hari Raya sebagai sebahagian daripada warisan budaya yang penting, agar kita dapat memelihara dan mengukuhkan identiti budaya, sambil menghormati dan menghargai kepelbagaian budaya di sekeliling kita,” katanya.

Majlis tersebut dihadiri para pemimpin masyarakat dari seluruh daerah kecil Tamparuli, termasuk para pemimpin parti politik tanpa mengira dari pihak pembangkang atau penyokong kerajaan.

RELATED ARTICLES
Isu tempatan

Pekerja pasang kabel besi di Sg Ulu Segama, dikhuatiri lemas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular