HomeUtamaLelaki lepas tembakan, cuba bunuh isteri di KLIA1

Lelaki lepas tembakan, cuba bunuh isteri di KLIA1

Read Time:1 Minute, 3 Second

Sepang : Seorang lelaki bertindak nekad melepaskan tembakan kepada isterinya sebelum terkena individu lain dalam satu kejadian di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 1 di sini awal pagi tadi.

Difahamkan mangsa yang merupakan seorang pengawal peribadi parah akibat terkena tembakan berkenaan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 1.30 pagi tadi.

“Siasatan lanjut polis mendapati lelaki terbabit sebenarnya mahu melepaskan tembakan kearah isterinya yang berada disitu yang sedang menunggu kepulangan jemaah umrah.

“Bagaimanapun tembakan berkenaan mengenai seorang individu mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan parah sebelum suspek kemudiannya bertindak melarikan diri sejurus selepas kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini.

Hussein berkata, motif kejadian masih dalam siasatan pihak polis dan diklasifikasikam sebagai kes cubaan bunuh dibawah Seksyen 307 kanun keseksaan dan akta senjatapi.

Katanya, pihak polis telah mengenal pasti identiti suspek dan turut melancarkan operasi bagi mengesan suspek yang dipercayai melarikan diri ke utara.

“Dengan ini adalah dimaklumkan kejadian ini adalah bersifat peribadi dan tidak melibatkan sebarang aktiviti keganasan atau mana-mana kumpulan.

“Keadaan di KLIA adalah terkawal dan selamat,” katanya. 

Awal pagi tadi tular di media sosial berkaitan suasana di balai ketibaan KLIA 1 itu dikejutkan dengan bunyi tembakan mengakibatkan orang ramai cuba berlindung untuk menyelamatkan diri. – SABAH MEDIA

RELATED ARTICLES
Utama

Kerajaan Sabah tetap Teguh Dengan Pendirian Tanpa Kompromi dan Mutlak Dalam...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular