HomeUtamaTiada rakyat Malaysia terlibat nahas kereta kabel di Turkiye

Tiada rakyat Malaysia terlibat nahas kereta kabel di Turkiye

Read Time:52 Second

PUTRAJAYA — Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat dalam nahas kereta kabel di Antalya, Turkiye pada Jumaat, kata Kementerian Luar Malaysia (Wisma Putra).

Wisma Putra berkata Kedutaan Besar Malaysia di Ankara dan Konsulat Jeneral Malaysia di Istanbul sedang memantau rapi nahas kereta kabel itu yang mengakibatkan seorang terkorban, 10 orang lagi cedera dan lebih 100 orang terperangkap di sepanjang talian kereta kabel itu.

“Kedutaan Besar Malaysia di Ankara sedang giat menyelaras usaha dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan maklumat lanjut,” kata Wisma Putra.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Ankara di alamat Koza Sokak No. 56, Gaziosmanpasa Cankaya, Ankara, atau di talian 00 (90-312) 44635 47 / 48 00 (90 – 5078128406) (telefon bimbit) atau e-mel: [email protected].

Mereka juga boleh menghubungi Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia Istanbul di alamat Esentepe Mah. Ali Kaya Sok. No: 1/1B, Polat Plaza, B Blok, Kat 8, Levent/Sisli, Istanbul atau melalui talian 00 (90-212) 989 10 01 atau e-mel: [email protected].

RELATED ARTICLES
Utama

SPM 2023 : 484 calon di Sabah peroleh keputusan cemerlang

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Most Popular